Monday, June 1, 2015

Berlari ke Pulau

Takes time la nak taip kali ni, sebab feeling ni asyik hilang je padahal baru taip perenggan pertama =D
Mungkin hati masioh bercampur-baur antara mengenang kesedihan dengan mencari kebahagian..itu yang sampai terfikir raya nanti nak pergi Thailand kalau ada tiket murah-bajet la kata kan..huhu

Dah sebut pasal bajet ni, Minggu lepas de'X pergi Pulau Perhentian kat Terengganu dengan kawan2 masa training kat Cyberjaya dulu.

Ceritanya bermula kat wassap..orang lain yang cetuskan idea and kumpul orang tapi orang lain yang uruskan hampir semuanya..sape lagi if not me??

Camne nak pergi Pulau perhentian? ada banyak cara flight boleh, bas boleh kenderaan sendiri pon boleh tapi de'X pilih flight sbb tiket murah Rm139 je pergi-balik. Flight ni lepas tanya housemate orang klate dia kata turun KotaBharu lagi dekat compare with KualaTerengganu..pas di-sahkan benar oleh beberapa blog maka ikut je la seperti cadangan2 tu..lagipun flight KT mahal
Kitorang sampai Jeti Kuala Besut pkul 9 lebih dari airport sebab driver taxi airport tu bawak laju giler maybe sebab tak banyak kereta pagi tu..Lepas sarapan and beli barang2 sikit kat jeti kitorang pon naik bot untuk kepulau. Kalau korang gamble punya backpacker sesuai la nak gerak ke pulau awal2 untuk cari hotel/chalet tapi for my group de'X dah booked chalet dengan agensi sealife by 'abg hensem' kata kawan praktikal student kat opis de'X. So everything da tersedia untuk kitorang bot+chalet+makan+snorkling. So if korang da booked bilik takyah la datang awal2 sebelum pukul 12 sebab mostly orang checkout pukul 11, buat penat je tunggu bilik available  dari pukul 10 tu. Paling kesian kawan2 de'X tu semua belum tido lagi sebab diorang kerja shift malam..almaklum la jaga customer UK, habis kerja pukul 3 pagi terus gerak g KLIA2 meanwhile de'X time tu tengah tido lagi.haha

Fatimah Chalet yang de'X book!!
Pulau2 ni ade open season dan close season..bulan 5 ni waktu diorang open sebab cuaca lautan da okay tapi pada sape nak rasa ribut taufan please la datang masa close season..haha.
Komen? Chalet ni memang kena citarasa de'X sebab datang pulau bukan untuk tido or honeymoon. Asal basic things ada cukup la. Staff pon friendly (pakcik yang duk siram bunga tiap pagi tu imam solat jumaat kot)
Chalet ni kat Pulau Perhentian belah Coral Bay. Betul2 tepi pantai and dekat ngan trek nak ke Long Beach -jika ada sesape yang nak merasai kehidupan malam kat perhentian kecil (tempat ni tak sesuai untuk orang tua dan kanak2 sekolah)
Caution!! jangan mabukkan diri kang bala turun plak kat situ.  Midnight life start pukul 10malam keatas, ada pertunjukan api pastu menari (sebab omputih da start mabuk- ada orang agency yang bagitau) kalau pastu ada one night stand tak tau la sebab de'X sebelum pukul 12 da balik tido..acah2 Mr.Cinderella ..haha
Jungle tracking ke Kincir angin pastu turun tangga ke D'lagoon
Siang pas check-in and lunch, de'X push kawan2 untuk pergi long beach pastu masuk hutan untuk ke kincir angin..masa dalam hutan diorang da putus harapan and assume dah sesat sebab jauh giler jalan still tak nampak Kincir Angin tu. Tapi harapan tu kembali bila nampak ada couple omputih tengah hiking gak kat depan kitorang. Actually kitorang buat benda terbalik..orang lain datang ke kincir angin naik bot kat Long Beach balik tu baru diorang turun lalu darat..haha. Alternatifnya de'X terjun laut g tahan taxi air yang drop orang untuk ke kincir angin pas nego ngan beberapa bot dapat la harga rm10/head.

Pulau Perhentian Kecil ni memang untuk spesis berjiwa muda sebab fasiliti kat sini takde yang macam untuk berehat2 hujung minggu.. siang tu kalau lepas waktu sarapan @ atas pukul 10, semua orang akan keluar sama ada diving atau snorkling atau pergi pulau2 kat sekitar.. de'X amik pakej snorkling kat area pulau je tapi tu pon da cukup hitam and satisfied sebab jumpa penyu (tapi penyu lari tak sempat nak datang dekat) berenang atas 3 ekor wild shark besar memang experience baru (de'X terjun tanpa mengetahui itu adalah shark point...ingatkan turtle point) Semua sekali ada 5 point bagi de'X point 1 (coral bay) paling cantik dan point 5 (romantic beach) ikan paling jinak-kat tepi pantai pon besar2 weh!!

Other aktiviti tak ada ape sangat nak dicerita semua sama je macam majority tempat2 pelancongan and kalau ada pon tu dalam 'kelambu' mana boleh citer..haha

Hari terakhir kat Pantai Timur before naik flight kitorang masuk KB untuk cari Royal Murtabak.. ada mak kawan pesan tapi tak tau kat mana and just taw landmark kat sebelah Billion. Pakcik taxi ngan susah payah bawak kitorang ke Billion sekali bila dia roger2 ngan kawan2 dia rupanya ada Bullion satu lagi kt KB ni. Pakcik ni kira baik la sbb still kekal harga RM90 dari jeti-KB-airport walau pon da pusing2.

Oh ye..odw nak balik tu singgah zon keropk lekor cam gamba bawah ni..pakcik taxi tu la rakemen, dia kata ni paling sedap tapi bagi aku 'paling sedap' tu aku tak tau tapi kalau 'sedap' memang ye. Memula semua taknak beli tapi lepas bagi 'rasa' free sata goreng ngan keropok losong...paling kurang 2kg berat beg masing2 bertambah. Cam de'X beli keropok 2kg+sata goreng 3 bekas+sos+keropok keping. Masa borong memang seronok tapi pastu time angkat baru sedar akibat nafsu tak tertahan bila tengok dia wat keropok depan mata..haha
'beli keropok' bukan dalam perancangan tapi pastu borong sakan 
Sampai KLIA2 seperti waktu yang dijadualkan..actually ini first time pergi bercuti parking dalam airport. Cube teka berapa de'X bayar parking petang tu...?
RM!#@ weh (check ur keyboard kalau nak tahu nombor)...Terus jatuh menjunam bajet percutian de'X yang konon taknak lebih RM550.
Kesimpulannya jangan terlepas first train ke airport jika anda penumpang first flight (early morning) ke destinasi pada hari penerbangan.

So, this is it. My journey to east coast da cover dari Pantai Cherating Pahang- Pantai2 Terengganu- Cherang Ruku and KB (Kelantan) dalam tempoh 2 bulan ni. Tapi pasni nak g Pulau Tioman plak sebab member cakap ada contact untuk wat diving kat sana, harap dapat murah!!

Satu sifat de'X adalah tak suka report kemana de'X pergi to anyone..suka diam2 hilang tapi pastu bagi hint kat stakeholders yang de'X went to someplace. So bila muncul maghrib hari isnin tu kat rumah family ngan keropok and sata goreng everyone macam "eh? ko dari mana?" hehehe ^__^Y




Friday, May 22, 2015

tiga puluh tiga

TigaPuluhTiga hari berlalu
aku sendiri pun sedar... orang tak cakap pon aku taw aku makin gemuk lately -__-''
pastu dah pandai da amik cuti- mentang2 tahun lepas punya cuti tak habis lagi ^_^
pergi kerja pon da start lewat tapi belum  5setengah dah hilang- selalunya pas kerja pukul 5 stay kat ofis lagi....dan lain2

YA, SEPARUH JIWA AKU PERGI bersama mereka didalam bumi. Terasa kosong bila mereka tiada lagi. Now a house being just a house not a home for me anymore. 'HOME' can be anyplace you feel attached to....in my case, it's a person and to be spesific, my late grandparents.

Dulu aku balik rumah sebab ada mereka..aku tak merantau jauh sebab takut tak sempat balik lau ape2 jadi padahal aku ada je chances belajar kat selatan/timur/utara semenanjung ni.

And now they has gone...bila balik kg kat kubur tu aku decide either nak balik rumah atau tak, masih ragu even baju longgok seminggu + berus gigi dah bawak sama dalam beg travel tu.huhu

33 hari berlalu
3 mimpi telah aku temu
3 masa yang berbeza... masa kelahiran seseorang, masa dia sihat..dan masa dia sakit

walaupun ia hanya la mimpi..perasaan tu tetap wujud..gembira, bahagia, risau, bimbang..sedih.. seolah-olah bila ia muncul aku nak kekal kat mimpi tu lebih lama.

Ya, what done is done. Jiwa yang dah hilang tu perlu diganti tapi entahlah.. belum jumpa orang yang berperasaan sama macam aku.

Wat masa ni aku lebihkan masa untuk berjalan-jalan, outdoor aktiviti and ape2 yang melekakan aku dari ingat perkara2 sedih yang pernah berlaku..Sekian

Wednesday, May 6, 2015

Mimpi oh mimpi

Ahh mimpi. Kata orang itu mainan tidur.
Tapi pada aku tidak semestinya
Mungkin ia adalah sesuatu yang kita tidak tahu dan diluar kemampuan manusia biasa untuk mengerti.
Well...kalau pernah baca kisah nabi-nabi mesti tau pasal penafsir mimpi.

Mimpi pertama berlaku dalam tidur 2 malam lepas. I met a girl and she with her friend, we went to someplace with different objective. Rasa macam kenal that girl plus I called her name (short name). Then mimpi tu tukar tempat pulak dalam bilik bedah I stood next a women yang sedang nak bersalin..ntah apa susahnya doktor suruh aku plak try untuk berada ditempat menyambut baby yang akan keluar and a moment after kepala baby keluar and doktor amik balik tempat dia. Baby tu diserah pada aku and ada suara suruh bagi orang azankan baby tu, so aku bagi baby tu pada someone...dan aku pandang wajah perempuan yang baru saja bersalin tu, berkulit cerah dan matanya macam seseorang. Aku cakap thanks sayang (what??) and kissed her forehead sebelum aku terjaga dari tidur dan berfikir mimpi ni logik ke tak? sebab orang yang terima baby untuk diazankan tu feel like my late grandfather.. keseluruhan mimpi ni logik kecuali part sape yang hulur tangan ambik baby tu.

Ini mimpi kedua berlaku tika aku tak tidur. SPA bagi chances untuk aku join gomen, 1st chance aku reject ngan tak datang ujian kecerdasan sebab aku baca requirement and aku praktis kat rumah sebelum conclude yang aku tak fit untuk ujian tu maklumlah da lama bersara dari badan uniform. 2nd chance aku cuba nasib ngan jawab exam dan Alhamdulillah berjaya jawab ujian tu tu tanpa study dan dapat panggilan temuduga harini. So dari segi knowledge aku dah ready siap hafal keputusan PRK Rompin. Cuma tinggal lari balik rumah amik sijil kelahiran and print updated resume je. Interview pukul 10.51 (kenapa tak genapkan pon aku tak tau) aku gerak g sarapan+photocopy sijil2 8.40 da settle semua. pastu masa nga isi minyak teringat resume tak print so patah balik rumah sebab pendrive tinggal. sampai kedai print file tu ada titik2 je, takde langsung rupa resume. So aku patah balik rumah untuk copy paste resume lain dalam pendrive, kali ni aku save 3 format berbeza sebagai backup then aku datang balik kedai print tu semua file tak dapat dibuka...memandang kan masa tu da pukul 9.40 maka aku pon balik rumah dan give up sebab memang da takkan sempat untuk aku lari balik kampung amik sijil kelahiran and g pejabat SPA...kesimpulannya nak kerja ngan gomen setakat ni masih lagi satu mimpi sebab since 22 April haritu gomen da arah stop amik orang sebab gomen nak fully utilize  penjawat awam sedia ada. Kira aku ni macam batch pengambilan terakhir la sebab diorang panggil interview sebelum arahan tu keluar.

Sunday, April 19, 2015

Ini yang terakhir

Aku lihat keliling..aku lihat bayangan silam.
Saat aku menjadi teman..bodyguard..driver kepadanya.
Semalam dia pergi...pergi yang tak akan kembali.
Aku bagai tak percaya..seperti harus masih ada lagi masa untuk bersama. Tapi kini..
Hilang.. Dia tak dapat ditemu lagi
Sepi.. Tiada lagi suaranya kudengar
Hanya ingatan dan footage saja yang ada untuk aku lihat dia.

Kini aku lebih mengerti rasa hatinya pabila wan pergi setahun lalu.

Hilangnya orang yang berada hampir sepanjang hayat tanpa disangka.

Dia yang mengajar aku kalimah syahadah sebelum aku tidur tika waktu kecil dulu..kini telah tiada selepas aku habiskan ungkapan syahadah pada telinganya.
Aku baring ditempat tidurnya selepas wan pergi..melihat pandangannya sepanjang waktu dia berbaring.

Bukan aku tak redha...tapi aku tak sedia menerima takdir dia. Aku harap ada lagi malam untuk aku temaninya tidur. Ada lagi siang untuk aku lapkan tubuh. Ada lagi masa untuk berbual dengannya..menjemurkan baju..bawanya sarapan tiap hujung minggu.

Walau saat itu aku yakin dia telah tiada..terselit sebuah harapan untuk dia menyahut panggilan aku.

18April/ 28Jamadilakhir
Semoga atuk tenang dialam sana dan mendapat syafaat rasulullah diakhirat kelak..ameen




Monday, March 2, 2015

satu per tiga

Tahun ni aku dah post apa-apa ke? Malasnya nak tengok balik..haha
Tahun ni inshaAllah sampailah umur 25tahun yg bersamaan 1/3 dari purata jangka hayat seorang manusia bak kata ustaz yang datang ceramah kat surau ofis aku tak lama dulu.

Masih mencari-cari seseorang untuk disimpan dalam hati, bila dah tekad nak tanya status ada pula halangan terjadi...oh mengapa? huhu. Jumaat haritu, lepas hampir 3 bulan tak bertemu rancang punya rancang akhirnya tak juga bertemu walau time tu dah separuh jalan dah...kecewa kecewa kecewa.. dan kekecewaan tu aku luahkan padanya..harap dia paham..hehe

Mungkin masa untuk aku bertanya belum tiba sebab entah macam mana lebuh raya yang lengang tu nyaris jadikan aku mangsanya..dan sesungguhnya tuhan itu masih sayang aku.. Aku selamat (walau tak pakai seatbelt-macam biasa), kereta rosak kecil..uncle yg bawa limo tu pon okay (and harap sangat benda ni da settle)..and paling best aku boleh cakap arab ngan passenger limo tu..mana datang?? haha

Cerita pasal tuhan lindungi aku..nanti2 aku cerita lagi. Cuma aku terasa beberapa doa aku semakin jelas dikabulkan..Alhamdulillah

Friday, January 2, 2015

New year 2015

Tahun baru datang lagi!! 2015 gantikan 2014 yang penuh airmata. Not only me and my family but most of Malaysian, depend on what happen to them. For me of course the losing of grandma hurt me more than anything last year. Those who don't know yet, weeks before my grandma past away I've wrote an entry and said "I willing to not have  job just to take care my grandma till the end of her life". Then, that was happened. I got a job few days after the funeral. The job that I planned to have at the retirement age not now, but I took the chance given to me.

Since back from seberang tambak my health condition dramatically drop to certain level which never been faced recent years. But, none of my family aware about my condition 'cuz I had limit the communication access for my relative. only certain things will appear on my FB.

My new year eve was laying on patient bed in a clinic nearby, I was under treatment that night maybe because my  health condition become worst from day 1. Waiting for 1 pain water to finish. I snap a picture and post it in FB not for sympathy but to tell friends that I feel frustrated to people which i've made such promise to celebrate new year together since I could not join them for tomorrow.

When I was about to sleep.. a wassap coming to my phone and says "abang warded ke?" At that time, Oh god, thanks a lot..I feel better now! Few frens which never be contacted soo long also leave a comment at my FB and I appreciate their concern.

New year start now, I wish my work performance will be better, my obligation to The Creator also better, my heart to that girl will stronger, my dream and prays will be true.  In 1 year and 6 month from yesterday, I hope good things happen just how I wished for. Amiin

Sunday, December 28, 2014

Hujung tahun

Setelah hilang mood seketika tetiba rasa macam patut taip something la kali ni, bukan ape...mana taw satu hari nanti perlukan ingatan ni semula. huhu =D

Buat masa ni sana sini riuh pasal banjir terburuk kat Malaysia sejak tahun millennium bermula..few friends menangis pasal rumah diorang first time masuk air dalam sejarah. Dan sebenarnya... aku tertanya sendiri "rumah 'dia' dekat ngan laut..selamat ke dia n famili?" Tapi setakat itu je la.. try contact sorang kawan nak tanya keadaan dia..sekali laki mana plak jawab panggilan aku tu. Terus aku tak contact lagi dah.. hari ni bukak FB nampak post dia pasal banjir..pendek citer rumah dia sikit lagi nak kena.

 Kenapa baru hari ni bukak FB?

Saat Malaysia ditimpa bencana ingat PM sorang je boleh enjoy? Aku pon pergi enjoy gak cuti krismas ni even takde la main golf =P tapi berjalan pakai passport la jugak..heee

Where? tak jauh Singapore je tapi it was not my first time datang situ sebab masa kecik pernah je datang cuma tak pernah jalan, datang wedding then balik.

This time datang sebab nenek sedara sakit (the only nenek yang tinggal sekarang) dah alang sampai tu pegi la Universal Studio sekali. Dan kebetulan rumah sedara tu 15 minit je ke sentosa island!!! next year bole datang sana lagi ni..haha

Singapore not as I imagine before- crowded place- tempat yang cantik dan tersusun. first impression lepas keluar dari kastam Woodlands "wow! rasa macam lebih hutan daripada Malaysia" haha. Actually lebih pada tak sangka singapore ni masih banyak hijau.

Walaupun masa nak masuk tu leceh, yelah since tahun bila ntah that country has made n change rules pada pelawat. So aku ngan first time masuk pakai passport sendiri, kereta sendiri memang macam2 kena buat masa kat imigresen tu.

Selama ni bukan aku tak pernah jumpa sedara mara singapore ni cuma tak kenal nama and muka.. bila da sampai tempat diorang baru la kenal sorang per sorang and lastly 
"Eh? cun pulak dia ni!"
Siapakah? Itu lah sedara yg pangkat dia dua-pupu aku.
"Tapi awat cam lain sikit rupa dia?" Oh her father non-malay, He's Pakistani.

For me Singaporean have strong english but they still able to speak malay even chinese and indian (kalau tengok kat wikipedia-languages (first english then malay, pastu baru mandarin)) So nak taknak memang speaking je la aku masa kat singapore tu termasuk ngan dua-pupu ni. Cuma agak janggal plak bila da fluent cakap english tetiba terselit bahasa melayu sebab combination ayat dia tak familiar kat malaysia.

Pasal harga barang memang ketara la bezanya. Kalau pendapatan aku sekarang ni dapat dalam dolar singapore, aku rasa hidup aku agak selesa jugak sekarang ni. air teh o kat sana baru S$0.90 compare kat sini RM1.00-itu pon kedai biasa2 lau mamak da tambah lagi RM0.20...Senang citer sana memang murah lah kalau bab makan atau keperluan harian ni. Tapi kalau ikut ajaran menteri/orang ada nama currency luar kena convert jadi RM dulu kalau nak taw murah atau tidak..puii mam la!!!