Tahun ni aku dah post apa-apa ke? Malasnya nak tengok balik..haha
Tahun ni inshaAllah sampailah umur 25tahun yg bersamaan 1/3 dari purata jangka hayat seorang manusia bak kata ustaz yang datang ceramah kat surau ofis aku tak lama dulu.
Masih mencari-cari seseorang untuk disimpan dalam hati, bila dah tekad nak tanya status ada pula halangan terjadi...oh mengapa? huhu. Jumaat haritu, lepas hampir 3 bulan tak bertemu rancang punya rancang akhirnya tak juga bertemu walau time tu dah separuh jalan dah...kecewa kecewa kecewa.. dan kekecewaan tu aku luahkan padanya..harap dia paham..hehe
Mungkin masa untuk aku bertanya belum tiba sebab entah macam mana lebuh raya yang lengang tu nyaris jadikan aku mangsanya..dan sesungguhnya tuhan itu masih sayang aku.. Aku selamat (walau tak pakai seatbelt-macam biasa), kereta rosak kecil..uncle yg bawa limo tu pon okay (and harap sangat benda ni da settle)..and paling best aku boleh cakap arab ngan passenger limo tu..mana datang?? haha
Cerita pasal tuhan lindungi aku..nanti2 aku cerita lagi. Cuma aku terasa beberapa doa aku semakin jelas dikabulkan..Alhamdulillah
ehemm.hihi
ReplyDelete