Mana pergi kata-kata " Selangkah dalam kehidupan, berjuta nak diceritakan" Aigoo =P
Antara Mac- November ni ( buat rangkuman lagiš) ada jugalah benda-benda yang boleh diperbesarkan untuk aku update dalam nota hidup aku yang dalam alam maya ni. Kot satu hari nanti abang aku offer nak tulis buku pasal hidup aku boleh la aku semak balik kat sini. BTW harini abang aku (Along) dapat tempat kedua dalam pertandingan apa entah tapi macam pasal penulisan jugak.
Seterusnya...ini rangkuman 7 bulan de'X
1) April- Pulau 1000 Masjid
- Mendaki Gunung Rinjani kali kedua. Kali ni lebih nak memenuhi janji pada geng Kinabalu yang aku sanggup naik kedua kali kalau diorang nak pergi. Dan kali ni aku yang aturkan kebanyakan perkara walaupun kitorang dah tempah slot dengan team OHANA, tapi disebabkan berbeza pendapat maka hal sebelum dan semasa di gunung tu OHANA uruskan, hal selepas gunung aku yang settlekan. Jujurnya aku agak garang masa mengetuai kumpulan 5 orang (de'X, Sy, Frz, MJ & Fz) ni, yelah masa kat Malaysia cakap semua terpulang pada aku, dah sampai sana nak tukar-tukar pula.
- Trip Rinjani kali ni agak singkat jugak tapi dapat cover most of the beauty of Lombok Island, cuma air terjun Tiu Kelep je tak dapat sampai sebab cuaca tak mengizinkan. Benda yang aku tak sempat lawat masa trip Rinjani Ogos 2016 tu aku pulun bagi dapat kali ni antaranya, perusahaan menyulam dan tembikar. Masa turun dari gunung tu dapat jugak bertemu dengan adat orang lombok kahwin. Giler meriah siap ada Speaker besar masa diorang berarak...berarak tu jauh giler. Terkejut gak kitorang bila tahu fakta adat diorang daripada guide mas Hartawan.
- 2015 dulu aku pernah ke Kelantan raya ke-2 sebab kawan kelas kahwin. This time ada kenduri aqiqah kat kampung mertua sepupu Sy pulak. Memandangkan cuti umum tu panjang, aku pun melencong jap ke Pulau Perhentian untuk kali ke-3. This time aku drive lalu Gua Musang pukul 3 pagi gerak weh-buat hal betul- haha
- Pulau Perhentian kali ni bersama family Sy. Nothing to highlight sebab aku pon dah bosan snorkeling. Hajat asal nak ke sini ajak Sy scuba diving tapi dia buat perangai- eh sakit hati la ingat balik- so next year aku akan datang balik pantai timur untuk scuba diving.
- Raya kat Kelantan sorang-sorang sebab Sy campak aku kat hotel- buat decision sendiri based on fikiran yang bukan-bukan- So aku pun pas solat raya gerak pergi Terengganu semula panjat Bukit Kluang pastu solat jumaat and singgah rumah kawan kelas yang kawin dulu. Tapi dia tak perasan aku datang pulak, so aku gerak balik Kota Bharu. Amik Sy pastu pergi lepak PCB makan. Lapar wehh..haha
- BTW raya kat kelantan ni Below Expectation betul sebab khutbah(Raya kat KB & Jumaat @ Pasir Putih) dia cakap KL. Aku tak paham @ tak nampak apa yang meriahnya Hari Raya Haji kat kelantan yang selalu dicanang. Masak pun aku tengok takde la special- Pagi raya makan nasi lemak! Ini baru betul Indah Khabar Dari Rupa
- Overall aku happy cita-cita Raya Kelantan ni 90% tercapai, drive 10jam masa balik, lalu Gua Musang, jumpa cik mek molek pagi2 bila sampai kelantan tu hilang terus penat drive 4 jam tanpa henti tu. Hahaha.
- 16 September tu de'X kat Perak, Alhamdulillah tahun ni berjaya jugak naik pelamin setelah bertahun-tahun tapi sebagai pengapit je. Along kahwin dengan orang Sungai Siput, jadi ini kali pertama aku kat Sungai Siput ni. Macam biasa aku suka memerhati keliling dan dapatlah konklusi kenapa Komunis suatu masa dulu sangat kuat kat sini- tempat ni dikelilingi gunung ganang kau tahu?
- 23 September tu majlis belah family de'X pula. Satu perkara je aku tak puas hati ngan kak ipar aku ni, apa la susah sangat nak bagitahu kitorang rombongan dia besar mana. Kitorang sediakan rumah, makanan and tempat duduk semua ikut berapa kau kata. Kata 50 orang rombongan sekali hari kejadian 20 orang je. Rumah tu da sewa sampai 3 tapi guna 1 je, nasib baik bab makan tu kitorang boleh settlekan kalau tak lagi membazir jika tempah jugak. Family de'X masa datang Perak memang la ramai dekat 60orang sebab kitorang memang rapat, dari kecik dah join rombongan kawin serata Malaysia. Pendek citer jangan la nak gah jugak, semua berbeza kot.
- Kenduri belah de'X huru hara sikit jugak la...entah mana silapnya makanan short pula. Tapi semua tu dah dalam tangan de'X sebenarnya. Cuma, yela budaya Melayu ni orang tua-nya mana nak dengar cakap orang muda. Tapi majlis tu memang ramai sangat yang datang, mungkin sebab dalam kawasan tu ada majlis kahwin tak banyak jadinya semua boleh cover semua majlis.
- Untuk sekian lama, pada hari itu de'X and cousins yang bertukus lumus kat dapur sepanjang majlis tu berpendapat menu kecemasan Nasi briayani + telur mata bawang tabur dengan kicap tu masa tu sangat lah sedap yang terbanding. Thanks to everybody...my brader masih hutang dengan kitorang pasal ni. Pakai baju lawa2 pastu duduk dapur.
Bulan Mei Jun Julai tu aku tak tahu apa yang nak di-highlight-kan. Gunung ganang pun aku tak naik time tu, lebih pada makan-makan tengok wayang je rasanya. Tu yang sekarang orang ramai tegur aku ada air bag da sekarang. hahaa
No comments:
Post a Comment