Sunday, December 4, 2016

Rangkuman 3 bulan

3 Bulan lepas post Rinjani, apa berlaku pada aku?
I'm fine thank you. =)

16 October joined half marathon (nanti nak letak gambar)
22 October went to Ledang (gambar letak nanti)

minggu-mingu seterusnya hilang ingatan sekejap.

5-7 November supposed to go to Vietnam
Yang seterusnya biarlah aku dan Dia yang tahu.

Pendekkan cerita, sejak balik dari Lombok tu hampir setiap hari minggu aku sumbat dengan aktiviti.
Masuk hutan, cari sungai, panjat bukit sana sini- semalam 3 Disember baru menikmati senja di Broga, 1st time, Minggu-minggu yang aku tak kat luar aku penuhi hak orang yang menjemput datang kenduri. Akibatnya tahap kecerdasan semakin menurun. huhu

"5-7 November supposed to go to Vietnam" - ada cerita yang ingin dicerita berkenaan 'supposed'
 Tapi nantilah ye, sebab 'feeling' tak sampai lagi. Doa-doa la kerajinan aku tu datang.. hihi

Tuesday, September 6, 2016

Rinjani si gunung berapi

Orang kata kalau nak cepat, geraklah sorang dan kalau nak jauh, gerak ramai.

Masa api mendaki kinabalu masih membara, plan nak hiking sana sini sangat panas. The hottest was a trip to Mount Rinjani. Jadi sebagai langkah inisiatif aku pun pergilah riki pakej dan perkara berkaitan untuk trip tu. Tapi bincang punya bincang akhirnya ada yang memberi alasan..bajet travel burst, gantung kasut  and tak ada masa. Lalu aku berdiam sepi hinggalah satu hari bila perbincangan nak jalan-jalan disebut kembali salah seorang ahli post gambar Mt. Rinjani dengan kapsyen " I'll going there" Taknak kalah punya pasal malam tu aku terus contact organizer trip Rinjani tanya kalau ada kosong and betul, masih ada kosong. HAHA. Pendekkan cerita rupanya ahli tadi tu bergurau je dan aku setelah beberapa ketika bersabar, satu pagi tu aku bangun dari tidur terus post kat FB " It's Time!!" dan aku betul2 pergi meninggalkan diorang.

Rinjani, satu tempat aku tak pernah impikan akan sampai.Apatah lagi tanpa kenal sesiapa even organiser tu pon last minit dia tak dapat ikut sebab ada urusan keluarga. Tapi sebelum flight berlepas aku baru tau ramai gak yang datang sorang sertai trip ni. Aku jadi famous dalam trip ni sebab malam sebelum flight baru sedar pasport dah tak valid untuk keluar negara. Jadi dengan kelam kabut dapat gak aku siapkan pasport baru sebelum tengahari. Nasib baik beli flight petang. HUHU

Untuk trip ni aku tak training sangat tapi lebih pada jaga makan je and aku lebih emosional menjelang hari untuk pergi. Siap tulis pesanan terakhir dan bagi kat kawan. Pastu 2 minggu berturut aku balik rumah family- something that not used to happened before in recent years. Belum lagi cerita pasal aku pos ayat2 sedih kat kawan yang berkaitan. HEE.

Pendek kata pasal trip kat Mount Rinjani... Ujian 7 Bukit Penyesalan tu aku lepas dengan jayanya, start perjalanan dari Sembalun pukul 9.30 dan sampai di Plawangan campsite sekitar 4.30 petang sebagai peserta ke-2 terawal. Tapi masa nak menuju puncak hati banyak sakit woii bukan sebab aku tak jadi top 10 sampai puncak tapi sebab "1 langkah maju 3 tapak mundur"  dari pkul 2 panjat, pukul 7.40 baru sampai puncak, padahal tempat tu tak jauh. Tapi masa turun heaven giler, slide and lompat-lompat macam main ski je. Masa nak turun dari Plawangan ke sembalun lagi heaven, berlari-lari je kat Bukit Penyesalan tu. kalau tolak masa rehat makan tengahari 4 jam pun cukup dah untuk sampai kat titik mula mendaki- yang ni aku orang ke-2 sampai.

Kat gunung ni aku jumpa pengalaman baru dalam hidup. Kat sini mental banyak terganggu disebabkan cuaca sejuk and tambah angin kencang yang baru masuk hari ke-3. Kalau kat Kinabalu ada selimut tebal, tidur dalam building..makan unlimited kat cafe..ada proper toilet and water heater. Here at Rinjani 360 degree completely different. Tapi nasib baik aku membesar kat kampung, lepas turun dari puncak aku ikut porter pergi ke mata air, diorang buat kerja diorang dan aku pula mandi. Lepas aku siap mandi diorang tanya aku tak sejuk ke mandi air gunung sebab diorang pon tak sanggup nak mandi. I proudly said " Saya dari kecil duduk kampung, mandi air kolah sejuk" padahal preparation aku sebelum cedokkan pertama tu lama kot. HAHA

Indonesia-Lombok, Nusa Tenggara Barat. Majoriti-nya muslim banding dengan masyarakat Bali tapi entah kenapa air alkohol cap Bintang tu semudah itu dijual hatta kedai makan tu yang menjualnya itu makcik bertudung. HMMM. Perjalanan dari Senaru ke Gili Trawangan sekembali daripada Air Terjun Tiu Kelep dan Sedang Gile aku perhatikan gerak-geri manusia. Tapi sampai sekarang aku tak puas hati ngan caj harga makanan tengahari yang aku kena bayar. Kawan aku amik lebih daripada aku kenapa harga sama macam aku? GRRR. Dari mula sampai Lombok da kena temberang, memang nasib badan la. Beli data plan salesman SIMpati kata sampai puncak ada line tapi baru sampai pos 2 line da 1 bar. Kat Gili kena lagi basikal 50ribu dia kata 60ribu kalau musim puncak, snorkeling kawan dapat 90ribu kami yang naif ni kena 100ribu. AIHH

Kat Gili ni bila jumpa orang Malaysia havoc dia lain macam terutama sekali geng makcik2 adventure tu. Masa snorkeling aku banyak lepak ngan diorang sebab stok makanan diorang sedap2. haha. Pastu jumpa si Rizman yang travel Lombok sorang2, dia punya bahagia dapat jumpa orang malaysia sampai aku rasa nak tendang dia keluar homestay kitorang sebab sembang banyak sangat-maklumlah 4 hari duk cakap english sampai terbelit lidah. Then jumpa pasangan diver dari malaysia gak. Fathia n Ain, kebetulan diorang kawan pada salah seorang group trip kitorang. Gabungan komuniti kitorang je memang cukup kecohkan jalan2 simpit kat Gili tu, yela masing2 bawak basikal bersaing-saing macam kat highway 4 lane. HAHA.

Hari last before balik Malaysia sambut merdeka, sempatlah kitorang jalan kat Mataram-tempat shopping barang outdoor. Cenderahati kat sini tak berapa menarik, kedai2 pon jual brand nama kedai, menyirap je aku masa nak cari souvenir tu but at the end kat SASAKU main outlet tu aku rembat gak baju RINJANI for me and dia...keychain untuk yang lain aku beli kat airport itu pon lepas bersoal jawab keychain tu motif apa-Rumah Adat Lombok, rumah Lumbung..baru aku beli. Kalau takde identiti memang aku takkan beli. HIHI

Nothing much I can say about Lombok trip ni..it's beautiful bukan sebab tempat tapi orang yang aku jumpa sepanjang trip ni. Tahun depan kalau geng kinabalu bersungguh nak pergi Rinjani, aku sedia untuk temankan dia macam kinabalu dulu.



Monday, July 4, 2016

Erti Raya

Raya?
Apa entah erti raya ni"
" Ada apa dengan raya?"
" Apa seronoknya raya?"
Antara persoalan dalam Iklan Raya 2016 ni

Dulu aku rasa sebab aku dah makin membesar aku takde feel raya- sebab duit raya da kurang Haha.
Sebab-sebab lain berkaitan;

  • Kemas rumah sorang-sorang (rumah kampung besar weh)
  • Mak dah tak buat kuih/biskut raya
  • Dah takut main mercun ganaz-ganaz (modified)
  • Pakcik&makcik yang duduk jauh dah pindah duduk sebelah rumah (hari-hari ter-jumpa)
  • Sepupu-sepapat dah tak tidur bersepah-sepah dalam rumah (rumah dah kat sebelah)
  • Masak gotong royong pakai kayu api dan buat ketupat dah tak buat (pakai gas je sekarang, ketupat pakcik-pakcik provide)

Aku rasa point 4&5 tu paling affect me a lot..sebab rumah terasa kosong, takda lagi meriah jerit-jerit yeay, yeay besok raya, bangun pagi beratur panjang depan bilik air dalam rumah yang satu tu je. Pastu lepas semayang kat masjid bergambar ramai2 macam la kitorang ni solat raya kat masjid biru Turki.HaHaHa.

Tapi bila aku sedar bukan itu semua yang jadikan aku seronok bila tiba hari 1 Syawal. Semuanya dah terlambat...
Terlambat untuk aku sedar yang selama ni aku masih gembira pagi 1 syawal tu sebab ada atuk&wan, Sebab ada dioranglah

  • RM10 pertama dan kedua dapat pagi tu. HeHe
  • pakcik makcik walaupun rumah kat sebelah still pagi lepas solat terus singgah rumah
  • saudara mara datang non-stop sampai raya ketiga (selalu aku jadi mangsa jaga rumah jd coffee boy atok&wan while parent and adik beradik lain pergi beraya)
So, now big house getting smaller, Walaupun lain-lain masih ada tapi mana mungkin yang pergi tu boleh berganti. Terasa sorang walaupun dalam ramai, sebak dalam ketawa, tawar dalam masin.

I wish for a savior to take me out from this empty..Gimme meaning of happiness and excitement of this festive season. 

Friday, June 3, 2016

See Ai En Ti Ea

Ada Apa Dengan Cinta
kalau yang movie tu memang tak ada apalah pada aku..teman kawan perempuan tengok movie tu tapi aku lebih fokus pada sinematografi berbanding cerita tu sendiri...else? aku suka pada bait kata para pelakon antaranya"Rangga apa kamu lakukan pada saya itu jahat"..huhu

Tapi aku ingin masih bicara tentang cinta
Cinta aku yang mungkin meluat orang dengar kerana kerap kali aku ucapkan tentangnya. Bertahun mereka berdua pergi tapi masih lagi aku merujuk sesuatu peristwa dengan mereka. Ya!! I used to say "my late grandmother/grandfather...bla bla bla" Aku dah kurang ke kubur mereka..agak lama dan minggu depan dah puasa. Bukan tak ada balik kampung dimana aku dibesarkan cuma entah, jiwa memanggil tiap kali lalu kuburan itu cuma tangan ini, kaki ini terus memilih untuk singgah.

Cinta
Memang benar ia membutakan dan melukakan. Tapi aku hidup kerana cinta, aku membesar dengan rasa cinta dan kini aku mencari cinta. Orang bisa berkata aku ada rupa, orang juga bisa berkata aku punya gaya lalu menyebabkan aku menjadi pemilih...sungguh tak benar tanggapan itu. Bukan rupa paras menjadi ukuran pertama, bukan juga agama yang aku nilaikan.. . Disaat jantung berdetak pantas kepadanya ada dua perkara yang menjadi dilema. Jika kali ini yang benar maka "maafkan cucu mu ini wan, sebab kawan yang sekarang ni bukan Melayu gak tapi most important bukan Jawa, semoga along, kaklang and 2 lagi adik jumpa jodoh yg pure Melayu as you wish for"

Friday, April 1, 2016

Journey to kinabalu finale

Sambungan dari Part 2


Malam yang sejuk tu aku terbangun, tengok henset baru pukul 8.30 pastu bukak wassap. Geng pompuan yang kat sebelah katil aku ni merintih kelaparan tapi satu member dalam whatsapp group ni tak sorang pon reply..dan bila aku selak selimut, satu hostel semua tengah tido and gelap gelita time tu dah macam midnight sunyinya.

Ingat nak makan berdua sambil tengok bintang tapi lepas je aku keluar toilet amik wuduk, satu team dah bangun untuk kemas beg, sapu minyak panas n makan padahal baru pukul 9 malam. Lepas habis semua aktiviti tu dalam pukul 2 pagi kitorang pergi kafe untuk supper.

0230a.m After supper and got some briefing about cabaran pagi ni as well as pergi toilet, masing-masing mulakan langkah ke laluan pendakian. Early 100meter masih together tapi macam biasa 2 F tu dah hilang dalam kegelapan,tapi lepas je stage pertama aku pun berpecah jalan sorang dan boleh kata sampai ke akhirnya memang aku jalan sorang sebab hari sangat gelap and tak boleh nak cam mana satu teammate tambah lagi silau lampu headlamp.

Perjalanan pagi ni mostly tangga, mula-mula jalan memang terang je jalan tu tapi lama-lama hanya ada cahaya dari lampu aku sorang je. Masa jalan tu aku jumpa sumandak yang tengah frust teamate jalan laju + headlamp dia bateri dah nak out, so aku temankan dia sampai dia jumpa teammate dia balik.


Sampai checkpoint sayat-sayat pukul 0350a.m Checkpoint ni kalau tak sampai sebelum masa ditetapkan memang akan kecewa sebab yang tiba selepas jam 0500 a.m akan dihalang naik ke puncak. Kat sini jumpa double F tengah berehat. Lepas 5 minit kitorang teruskan perjalanan tapi lepas tu diorang hilang lagi..huhu

Jalan lepas tu pendakian yang tak curam sangat tapi berat je rasa badan ni nak berjalan kedepan, angin atas ni memang sejut pastu kuat sampaikan last2 minit tu aku terpaksa berlindung kat batu besar. Baju yang aku pakai tu memang da panas sampai berpeluh tapi kepala aku ni tak cukup cover..sejuk weh telinga, patut beli snowcap yang cover sampai telinga.

Atas ni dalm gelap -macam ragam boleh nampak, ada yang terhuyang hayang macam zombie ada yang jalan sikit pastu berhenti (macam aku hehe), and ada yang gagah perkasa jalan tanpa henti tapi slow je.

But at the end, less than 100 meter to the top aku stop untuk cari tempat solat,lepas usha 2-3 tempat aku dah nak start niat qada je pasal jalur merah kat ufuk dah kelihatan tapi tiba-tiba tempat aku rehat tu aku nampak macam debu, tak banyak tapi ada.So aku pun bertayamum basic pastu solat sambil peluk batu kat area tu sebab badan menggelongsor ke bawah masa sujud.huhu

Then aku tunggu sunrise and kawan-kawan yang aku tinggalkan sepanjang perjalanan tadi. Bila semua dah berjumpa sesi bergambar pun start dari saat tu...sampai la perjalanan turun ke laban rata. Non stop!



Pukul 10 kitorang sampai laban rata, lunch kat kafe,checkout bilik pastu sambung sesi gambar...pukul 11gerak turun ke timpohan gate. This time I'm the king sebab amik masa 2jam setengah je untuk sampai ke pintu timpohan.. Ini semua hasil bantuan extra legs a.k.a hiking stick yang sampai 2 tu selain teori lipat jari kaki ke dalam untuk elak sakit kuku..

1320p.m aku dah kat bawah,tunggu yang lain sampai aku tertidur kat bangku. Lama lepastu guider kejutkan aku sebab nak pinjam hiking stick, katanya dia turun ni pin sebab bawa orang sakit, hiking stick pulak untuk teammate aku yang injured.

20minit aku fikir..aku decide untuk naik balik cari kawan2 aku..hampir 2km baru aku jumpa diorang tengah berehat kat pondok bersama guider. Last 0.5km tu bukan sikit weh...kena mendaki bagai. Even just before pintu gate taman tu tangga dia mampu membunuh baki semangat yang ada. Nasib baik ada aku disisi cik adik ni, nak angkat orangnya memang tak lah kan..tapi beg pon jadilah.haha. kebetulan atas pintu gate tu ada besday party, bila nampak je geng pendaki yang penat tengah berusaha panjat tangga diorang bagi kata2 semangat and bersorak bila sampai last anak tangga..nampak la muka hepi kawan2 aku bila diorang disorak macam baru lepas score goal..huhu.

Habis pendakian...pergi ke pejabat pengurusan untuk ambil sijil tanda berjaya sampai puncak. Kalau tak sampai tak ada sijil tau.

Lepas tu kitorang terus ke pekan kundasang cari hotel yang tak ada tangga untuk didaki sebab semua dah fobia..haha

Tamat sudah cerita perjalanan ke kinabalu ni..dan bermula la kerinduan ini


Sebelum balik ke semenanjung sempat gak kitorang jalan2 area ranau, kundasang,terampuli, and pulau2 KK...ye la bila lagi nak datang kn? Cik adik tu ajak pergi sandakan pulak lepas ni sebab haritu tak puas makan seafood.. Huhu

Journey to kinabalu pt 2

Sambungan dari Part 1 haritu,ni kisah hari kejadian pulak.
Kitorang sampai kat pejabat taman kinabalu dalam pukul 8 sebab datang awal so dapat la parking dalam kawasan taman yang kena bayar perhead tu, kalau lambat sikit tadi memang kena parking kat luar la jawabnya pastu kena hike untuk daftar at pejabat tu..huhu

Pakej kitorang ambil tu tak termasuk lunch hari mendaki ni so guider suruh kitorang tapau makanan dr restoran seberang jalan..tapi time tu sakit kaki aku datang makanya aku jaga beg, geng lain pergi beli lunch.

Selesai urusan permit,pendaftaran n sewa hiking stick. Kitorang dibawa ke pintu taman kinabalu yang jauhnya 1km lebih dari ofis tadi..nasib baik transport tu da include. Kalau tak belum apa-apa nyawa dah separuh hilang. Huhu

Lepas tandatangan kat pintu maduk and dengar briefing guider pasal laluan, dalam pukul 10 kami bergerak menuju laban rata yang terletak di K.M 6 - 6.5

Ingatkan semudah 'alah bisa tegal biasa' tapi belum K.M1 dah ada yang psycho melihat tangga yang straight up... Aku still in cool siap boleh lepak borak dengan guiders lagi langsung tak jaga pernafasan and rentak jantung meanwhile sahabat yang aku follow rapat dekat2 tadi aku biarkan naik tangga tu sendirian

K.M 2, kawan tu dah macam makin terseksa mendaki and sekejap-sekejap dia berhenti. At this point, only aku dan dia je yang ada sebab yang lain dah jauh kedepan terutama 2 hero double 'F'- fariz/faidhi, not the other F word okay 😀. Tapi tak lama dari tu,berjaya juga nampak bayang 2 lagi teamate kat depan tengah menyedut nafas sebelum diorang hilang lagi.

K.M 3, dekat signboard tu kami berlima berkumpul and refill energy. Time ni lah keluar extra joss, power bar, 100+ dan lain2 energy drinks. After 5 minutes perjalanan diteruskan ke Layang-layang Hut.

2702m, Layang-layang Hut. Kebanyakan hikers yang selisih kat tengah jalan tadi semua take break kat sini and kebetulan dah tengahari. It's lunch time! Hut ni dengan laluan mersilau dah tak jauh boleh kata ni meeting point for both trail jugak la. Lepak 20minit, kitorang pun gerak naik and most hikers start pakai sweater/ glove before continue their hiking. Mungkin angin sejuk da terasa kot.

Another K.M are same as before the 'double F' menghilangkan diri dan hanya dijumpai kat tempat tertentu sedang berehat. Dan aku masih setia mendampingi cik adik ni dari belakang...bukan ape,risau kot kalau pitam ke ape sebab guider masa aku borak dengan diorang,memang diorang akan stay jauh dari hikers sebab taknak ada yang pressure bila nampak guider ni dekattt je. Lagipon hiking pole dia aku pegangkan, fon pon sama -senang nak ambil gamba kata dia 😅 and paling penting happiness is hiking with friend 😀

K.M terakhir kitorang dah relax2 berhenti ambil gambar + makan strawberry hutan guidert pon dah jalan dekat2..kat sinilah kekecewaan muncul bila guider bagitahu bunga reflessia tu bukan kat gunung kinabalu, sedangkan masa aku sekolah dulu buku bagitahu bunga tu kat sini...hmm tipah tertipu!

Cukup 7jam pendakian sampailah kami di laban rata..dekat situ dengan macho-nya aku minta beg cik adik tu untuk aku angkat- tambah 7kg lagi kot- sebab nampak sangat kalau dibiarkan dia takkan bangun dan sambung perjalan ke hostel penginapan yang dah tak jauh tapi still kena mendaki..huhu

Lepas letak beg kat katil terus je ke kafe untuk dinner, wehh panas giler matahari petang yang menyuluh masuk ke ruang makan tu, so kitorang tak lepak lama habiskan makan and balik bilik untuk kendiri.

Lepas mandi + solat + bergambar kat helipad a.k.a kawasan bersukan..aku tarik selimut dan terus tido..masa tu baru pukul 6 macam tapi sejuk kat luar punya pasal + waterheater tak well function..tanpa rasa bersalah aku ucap goodnight pada hikers lain dalam bilik tu

Next post will be about journey to the peak and way down😊. Thanks for reading this post.

Friday, March 25, 2016

Journey to Kinabalu pt1

Lama diam bukan bermakna dah mati.. Bizi lebih je sebab nak sediakan bahan mesyuarat orang besar..huhu

2 minggu berlalu tapi ramai lagi masih rindu pada kinabalu-gunung kinabalu. Grup whatsapp masih tak bubar siap plan naik gunung Fuji lagi..besar betul cita2 mereka..haha.

Sabah ni aku adalah kenalan masa zaman belajar dulu,merata gak la macam tawau, ranau, beufort, KK tapi sebab lama tak jumpa jadi segan plak nak contact diorang..so masa kat sabah tu diam2 je datang tapi lepas diorang jumpa gamba aku kat fb habis kena bash kat whatsapp. -_-"

Okay. Cerita kt Sabah.

Sampai airport KKIA malam 8/3/16 haritu terus masuk avanza yang dah dibooking siap2 and sebab aku dah survey jalan guna google street view so sebelum gerak ke kundasang aku bawak semua minum kopi dekat Cybercity. Tapi malang sungguh bila yang minum kopi pon boleh bantai tido.

Jalan KK-kundasang ni ramai cakap dengan aku jangan drive malam dan bahaya tapi keras hati punya pasal aku redah jugak. Lagipun aku dah janji dengan kawan2 sepanjang kitorang kat kundasang, aku akan jadi driver-nya. Tapi harus aku akui jalan tu bila malam sangat tricky dengan lori arah bertentangan bila amik selekoh makan line kita + laju giler macam boleh drift. Pastu kabus tebal giler, selekoh tak nampak+turun naik bukit...pastu gaung kat tepi..haks ^_^ eh pendek cerita memang gila lah jalan tu.

Sampai kundasang dalam pukul 2 pagi lebih kurang, tempat tido kat d'villa Rina Ria Lodge tu pon kitorang dah book siap2 dekat je dengan kinabalu park dalam 5minit naik kereta.

Biliknya hostel rm30 semalam sekali breakfast campur laki-pompuan. At time kitorang masuk tu dah ada 3 laki tidur dalam tu  so, port2 tersorok untuk 2 pompuan team ni memang dah tak ada lah. Diorang pilih katil depan pintu sementara aku plak katil sebelah diorang jadi jaga..selang setengah jam mesti aku terjaga sebab geng 3 orang laki sebelum kitorang tu ada pasang gadjet ape entah..every 30minutes je akan menjerit 1saat, mau aku yang sesitip ni tak terkejut?

Sebelum tidur aku solat jamak maghrib isyak..cabarannya,dalam bilik tak ada ruang nak solat, luar sejuk siyott-pkul 2 lebih, pastu anjing banyak tapi aku redha solat pakai jaket berlapik baju t-shirt kat depan pintu hotel sape entah..hehe. Kiblat? Aku pakai google maps je cari arah utara pastu bajet2 arah barat pkul 10-11. Yang aku ingat masa dalam pasukan uniform dulu kiblat kat Malaysia sudut dia dalam 440°. Dan paling penting keyakinan, lagipun facing kiblat bukan rukun solat.

Pagi pukul 5.30 kitorang dah bangun and siap2 mandi,kemas beg semua. Excited nak hiking katanya sampaikan owner tempat tu tegur pagi ni mau pergi mana sebab breakfast pon dia belum sediakan lagi... Masa tu baru pukul 6.30. Haha. Lepas siap breakfast ala English tu-takde la english sangat pada aku (roti,sosej,kacang,telur,spread, coffee) mungkin sebab kat KL dah macam masakan aku tiap malam masa berjimat nak datang sini..haha

Next post baru cerita menuju puncak cinta kinabalu ni..huhu

Tuesday, March 8, 2016

Hiking, my life for now.

Balik dari travel utara tahun lepas, sakit belakang datang sampai tak boleh nak bengkokkan badan, bila jumpa doktor, dia bagi injection je hilang terus sakit tu. Tapi tak lama pastu rasa macm kaki kiri ni macam something not right-jumpa doktor lagi. This time after x-ray "You slipped disc ni, cer tengok L5-S1 awak"

She jumped into conclusion sku slip disc sebab terlalu active secara tiba-tiba (sebab aku cerita, sejak dari thailand sampai la hari aku jumpa dia sebab sakit kaki, aku non stop outdoor activities-even petang aku jumpa doktor tu pon aku baru balik futsal, haha)

She ask me to stop for my benefit, but I resist, as I refuse to giving up on something that make me feel alive, weekend to aku hike Bukit Kutu, next weekend berlari keliling tasik Putrajaya, pastu Gunung Datuk pulak, minggu pastu repeat Gunung Datuk lagi.

3 Bulan pertama Tahun 2016, 4 gunung dah aku panjat, bukit-bukit tolak tepi. haha

Tapi aku bear in mind kerisauan doktor tu, so aku pergi KPJ buat x-ray dan MRI pastu jumpa specialist tulang and specialist saraf untuk kepastian aku okay..doktor tulang clueless apa sakit aku, doktor saraf kata ini muscle strain-this one aku tak percaya.

Apa sebab aku buat sepanjang tahun ni cuma satu, sebab aku nak naik Gunung Kinabalu esok. I told a friend, after Kinabalu I'll retire and only back for something unsual macam hiking Rinjani ke, Merapi ke..haha. 

Tapi tu-lah, sekarang ni gempa bumi pula kat sabah tu. Bertabah je la sebab preparation semua da buat.rugi beribu kot kalau cancel.

Cuma satu je aku risau malam nanti-drive dari KK ke kundasang. Cousin aku kat sabah cakap, jalan okay cuma kabus tu je la bahaya. Even kawan sekerja pun serba-salah nak respon bila aku cakap aku gerak ke kundasang malam tu jugak, mau tak nye kalau da habis isteri and makbapak mentua dia meninggal eksiden kat jalan shorcut kundasang tu tahun lepas,

By the way..aku harap ini bukan post yang terakhir sebab aku nak update blog dengan gambar aku menuju ke puncak kinabalu next week ^_^