Sunday, October 5, 2014

Realiti sunguh berbeza

Hidup ini tidak seindah dan semudah disangka, apa yang dibayangkan masa kecil kini realiti sungguh berbeza. Bak kata PM "..kami kurangkan subsidi petrol dan tak sengaja naikkan harga petrol.." belitlah macamana bak kata kawan-kawan "Ini semua salah Amno (you know what I mean)" Jadi, apa kaitannya subsidi dan salah Amno? Aku pun rasa tak ada kaitan dengan apa aku nak taip lepas ni..haha

Masa terus berlalu, ingat dah habis belajar bolehlah dapat kerja yang gaji setimpal dengan usaha tamat belajar kat IPT tapi aku masih bersyukur dapat peluang kerja walau iri hati dengan pendapatan kawan-kawan yang lain. Kadang tu aku macam terlintas kat kepala kenapalah aku sambung buat ijazah kalau aku terus kerja lepas diploma tu kan bagus, ini semua racun akibat lihat kawan2 yang tak sambung pelajaran lebih banyak duit dari aku yang memberi  tambahan 2 tahun untuk jadi pelajar universiti. Tapi bila aku renungkan, tanpa masuk universiti siapalah kawan yang aku ada sebab disitulah aku kenal dunia, panjat bukit (gunung masih dalam perancangan) redah jalan sesak cari makan, berkhemah kat kawasan larangan di Port Dickson, naik kapal terbang untuk kali pertama dalam hidup dan panjang lagi kalau nak ditaip. Paling dirasai ada kenal orang Sabah dan Sarawak.

Hidup ini berbeza realiti dan diimpi, sekarang barang mahal even keropok yg nipis jual kat gerai tepi jalan pon dah bukan 10sen lagi dan paling aku menyirap pisang goreng yang dibelah 3 harganya 25sen sekeping!!? PM yang sekarang ni pula suka sangat menyebabkan harga barang naik, tu lagi aku bengang. Oh aku bukan nak cerita pasal makanan tapi pasal keperluan hidup. Rumah mahal even flat, siapa bagi buah fikiran"carilah rumah kat luar bandar" memang minta buah pukul namanya sebab aku kerja kat bandar. 

Impian aku semuanya perlukan duit. Nak berjalan-jalan perlukan duit, nak itu kena berduit nak ini pon wajib berduit, itu baru hidup sebagai seorang bujang. kalau taknak membujang sampai mati? Nak kahwin kena ada duit, dah kahwin lagi perlukan duit untuk makan minum, rumah, kenderaan, nafkah. Bak kata UAI nafkah tu bukan setakat bilik tido dan duit belaja, buat pasangan gembira pon nafkah juga..and the one who in my radar is a person who love to travel just like me. 

Waktu terus berlalu dan aku harap hidup aku tak runsing begini sepanjang waktu.

No comments:

Post a Comment