Hai.
Tahun 2019 hampir dipenghujung, kalau ada sesiapa yang membaca blog de'X mesti perasan sawang-sawang yang melekat pada dinding blog. Maklumlah setahun sekali je post. Tapi sebenarnya draft banyak je save cuma bila makin dewasa banyak perkara dalam hidup sehari-hari menjadi peribadi bukan untuk dikongsi seduniawi.
2018 de'X melangkah ke jinjang pelamin dengan seseorang yang tak pernah disangka, bagaikan takdir yang telah tertulis, bagai cahaya muncul dalam kegelapan.
Tapi kenapa baru sebut sekarang ni? Entahlah de'X merasakan banyak hati yang perlu dijaga walaupun ada yang tak perlu dijaga lagi pun.
Catatan 2019?
Bulan January sampai ke awal march de'X banyak ke Johor sebab ada makcik tak sihat tapi masa kes sungai kim-kim tercemar makcik tu ambulans hantar datang kat kampung kat selangor. Few weeks later berdasarkan keadaan makcik masa tu da kat dalam hospital, de'X undi pilihan untuk hantar pulang makcik ke Johor semula. Tapi 05APR19 pagi Jumaat dia meninggal dan kebumi kat satu kawasan dengan kubur atuk and wan kat selangor juga.
Bulan April kakak kahwin, lepas bergaduh sebab de'X kahwin dulu sebelum dia, alasan tak puas hati de'X langkah bendul. Dey! Lelaki mana ada langkah bendul. Tak faham adat punya orang. Tapi ni berlaku bila ada orang mulut tempayan. Kalau ikut rancangan sepatutnya semuanya aman je.
Masa bulan Jun, giliran belah laki pulak buat majlis. Seperti kebiasaan rombongan family tak pernah kurang 20 orang, this time maybe dalam 50orang. Bila berkumpul ramai² kat luar selangor ni rasa pelik sikit yela 99% family base kat Selangor selebihnya Johor, Singapore, sumatera.
Bulan July, lepas setahun lebih jugak la tak mendaki secara serius. De'X ke kepulauan Jawa Indonesia tapau dua gunung satu kat Wonosobo and satu lagi kat Yogyakarta. Seksa mendaki tanpa proper preparation hanya tuhan yang tahu menyesalnya diri.haha. Akibatnya first time alami kuku kaki mati sebab hiking lepas 4 tahun menceburi aktiviti ni.
Awal bulan 12 haritu adik perempuan pulak kahwin. Adik beradik semua protes sebab kakak baru je kahwin haritu-bulan Jun majlis bertandang belah laki. De'x dengan rasionalnya bagi beberapa sebab kenapa adik beradik tak setuju tarikh awal disember. Memang dasar risk & assurance consultan. Hehe. Tapi teruskan jugak cuma adik beradik ramai tak balik awal la sebab masing² da simpan cuti bawa kedepan. De'X dalam bantah2 tetap balik awal sebab cuti sebenarnya berlambak lagi sampai amik cuti saja² hujung² ni
So now it's December, minor and major events happened. Love, lost, joy and tears become part of life this year. From December last year to December this year, I still living with memories of my grandparents but had no me-time to visit them.
No comments:
Post a Comment