Monday, March 31, 2014

hari itu.

"saya rasa ulser tu disebabkan awak stress" kata doktor perubatan masa wat medical check up haritu.

Aku bersama abang dan adik mengambus tanah 

Maybe kesan pemergian yang tak disangka itu..not just me, others also in the mood
Sepupu punya FB

Masa haritu, urusan jenazah mostly handled by relative. Mungkin dalam fikiran masing-masing nak berbakti untuk kali terakhir dan mungkin itu sebab yang kat utara, selatan and even yang kat sabah sanggup mulakan perjalanan sebelum subuh untuk hadir majlis pengebumian tersebut.

Beberapa minggu dah berlalu, gambar menjadi pengubat rindu. Kadang2 bagai terdengar suara walau sedar orangnya sudah tiada.



Thursday, March 27, 2014

belah dan bahagi

Hati terbelah dan terbahagi.

Cita-cita?
Ini kerja pertama aku yang mana lepas ni aku dah tak perlu rasa rendah diri dengan kawan/kenalan bahkan kepada barisan junior kolej/universiti yang berlapis-lapis tu, yela orang lain pas habis sekejap je dah sampai seru tapi abanag senior diorang ni gak yang masih check email hari-hari. Huhu.

Cinta?
Kemudian, hati ni berat nak tinggalkan atok aku kat rumah sebab kalau hari biasa memang sunyi sepi, yang kerja yang sekolah.. Besan atok aku dulu lepas isterinya meninggal diceritakan beliau menjadi kurang bercakap, kurang setahun atau lebih sikit beliau pun pergi. Bukan orang lain takda tapi selain daripada nama paklong dan makuda, nama aku yang dia sebut.

Redhakan...yang pergi takkan kembali..relakan saja.. Oh mudahnya berkata bila tak merasa.


Wednesday, March 26, 2014

Semoga dirahmati

"kita bertemu untuk berpisah, kemudian kita berpisah untuk bertemu" entah mana aku dengar, mungkin masa talkin tu.

Bila aku kenang semula hari itu, hujan turun untuk kali pertama setelah berminggu cuaca kering. Aku ingat rahmat yg datang memberi  berita gembira tapi rupanya membawa khabar duka.

Mungkin itu yang terbaik baginya walau aku belum rasa baiknya pada aku. Janji tuhan sesudah kesulitan itu ada kemudahan, dan kata orang musibah itu penghapus dosa. Semoga Allah merahmati kami.

Sunday, March 16, 2014

yang terakhir

It's 3 a.m
I just finished setup and arranging few thing for this house.
There's an event tomorrow.
A funeral for my late grandmother.
She just gone..infront of her grandchildren, daughters, daughters-in-law.
Me? I just finished setting up transport for bring her to hospital before i heard havoc from the bedroom.

My cousin -The Health Officer (HO) has announced and confirmed grandma's death.

Walau itu yang kami doakan untuknya tapi hati seakan tak percaya tadi malam yang terakhir, "wan nak air?" soalan terakhir aku padanya.

Semoga roh wan dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t dan beroleh syafaat rasulullah.

16 March / 14 jamidilakhir
12.01 pagi

Thursday, March 13, 2014

kerana lapar

Fine! Next time before pergi interview isikan perut secukup rasa. Tadi aku g interview kat The Boulevard,  dalam emel tulis approximately 30minutes.. So aku plan makan sikit2 je la nanti sakit perut lak.

Orang kata kerja yang pakai otak lagi banyak guna tenaga dari jerja pakai otot.

Dengan HR still steady even tersasul gak BM tu.. Masa tunggu manager datang untuk interview perut da bunyi mintak makanan..then masa manager start potpet kepala aku da pening. And lastly I told that manager "better for me to not take this job" sebab aku dah tak boleh nak bagi respon kat soklan2 dia..otak tak ley nk kerja da weh..stuckedit.. Blank.. Blurred.

Wednesday, March 5, 2014

stay strong

sometimes aku malas nak bawa/teman orang ke hospital, nak melawat pun perasaannya macam tu gak-malas. Is not about aku takut darah, mual dengan bau ubat, takut dijangkiti penyakit dan alasan2 normal/biasa tapi hanya kerana yang satu ni, AKU TAKNAK DENGAR PERKARA YANG BUAT AKU SEDIH.

Harini aku bawa atok pergi hospital lagi-semalam pon ada appoiment ngan doktor- after several hour ( standard govt) jumpa tak sampai 10 minit (yang semalam <5 minit), the doctor asked me to wait because she want talk something with me.

"you know what your grandfather's condition?" she asked me and I said "yes, I knew it"............. she told me just for clarify things "bila masanya tiba iaitu keaadan datuk awak macam yang saya cakap tadi, ubat2 tu semua dah tak berguna, bawa ke hospital pun kami tak boleh buat apa2..let your other family know..."

"when the time comes, kamu kena terima dan redha".

Sometimes aku fikir, we should not come to hospital when reach certain age, let thing happen naturally without have worry about it.