Bagi saya hidup ni umpama filem yang sedang diedit sebelum ditayangkan. Scene mana yang nak tukar and yang mana nak kekal, sumanya da tersedia tinggal satukan je.Teori ni wujud berdasarkan kisah nabi2 yang mana masa depan boleh diramal contohnya kelahiran Nabi Musa akan mengancam firaun. Selain itu, saya pernah bermimpikan suatu perkara dan tiba suatu tempoh saya merasakan saya pernah melalui semua itu. Tapi disebabkan ada sisi buruk bila mengetahui masa depan maka diharamkan umat islam untuk menilik nasib. dan sewaktu dengannya.
Apa saya nak sampaikan sebenarnya adalah kita dan termasuklah diri saya, harus meneruskan usaha dalam mencari sesuatu dalam hidup dan jangan bergantung pada takdir semata-mata. Sikit-sikit jawapan dibagi "dah takdir" "dah bukan jodoh" dan banyak lagi. Ada seorang kawan dalam humor dia berkata " orang Islam mcam tu lah belum apa2 dah salahkan Allah.." camana tu kan? maksud dia, kita kan selalu guna perkataan "Insya'Allah" tapi bile guna kita tak menetapkan tekad dan usaha untuk sesuatu perkara tersebut. Bile kita buka kitab balik"Insha'Allah" tu bermaksud "hanya dengan izin Allah", So, seolah-olah bila sesuatu berlaku itu semua ketentuan tuhan padahal kita yang tak berusaha menjadikannya dalam erti kata lain seolah-olah kita dah menyalahkan takdir kerana perkara tu tidak terjadi mengikut pemikiran kita. Itu lah pemikiran saya dan kawan2. Betul atau tidak kami ni terpulang pada yang menilai..
babye
No comments:
Post a Comment