Monday, May 30, 2011

habis dah..

Officially aku da habis belajar since aku isi borang tamat belajar kt kolej hari tu. Tapi aku akan sambung sebab belajar tu kan harusnya bermula dari buaian hinggalah kuburan..
kebanyakkan junior masih tak tahu yang aku ni dah habis sebenarnya melainkan batch yang terakhir sebab aku ada bagitahu "semester ni adalh semester terakhir saya, saya da lalui banyak pengalaman disini...bla bla bla.." =D

ada ke diorang ingat aku ni baru nak msuk semester 5/6..c'mon lah lau nk puji pon..huhu. korang ni tak pernah tahu ke sape yang berdiri kat depan korang selama nie...
However aku memang happy menjadi sebahagian warga IPB bukan setakat pada kawan2 seangkatan tapi juga pada sesetengah staff dan tak lupa juga pada adik-adik yang aku gelarkan junior tu.
Skuad ELIT mase camping HBU111 edisi ke-2

mengetuai pertandingan kawad kaki individu
kelas terakhir semester januari 2011

hari terakhir di rumah sewa..
Afi- kawan dari firstday masuk IPB..dari satu group orientasi, HBU, kelas, projectwork hingga lah rumah sewa.  
Juara Pertandingan Kawad Kaki HBU111 IPB edisi Julai 2010..
saya lah ketua komander diorang ^_^Y
n kalau boleh nak letakbanyak lagi gambar mereka yang mewarnai kehidupan aku kat sini tapi nanti bikin issue lak..haha =D


Aku hanyalah orang biasa before aku menjadi seseorang disitu. Penghormatan, aku rasa kat sinilah first time aku dapat. Jalan yang aku lalui telah membawa kepada satu kehidupan yang gembira...

babai :)

Wednesday, May 25, 2011

Yeah!!

Malam tu aku tido awal tapi dalm pukul 12 something mesej dan panggilan mula mengejut  kan aku, aku terjaga lalu aku menjawab panggilan tersebut. Orang tu memberitahu tentang satu perkara lalu aku mengambil laptop dibawah katil ni untuk melihat ape yang diperkatakan tu.
hehe..sebenarnya aku tak berapa yakin dengan perkara tu sebelum ni. Sampai aku da fikir nak keje sambil belajar je..haha.
YA! perkara itu adalah tentang keputusan peperiksaan semester terakhir aku
Tapi sekrang da tak perlu risau lagi koz aku secara tak rasmi dah pon tamat pengajian peringkat ni dan menunggu intake peringkat seterusnya.
Yeah!! A dream has been complete, now I can continue  my dream again and reach the other dreams.




babye :)

Thursday, May 19, 2011

antara dua 'K'

<ihsan dari google >

lately aku makin geram dengan sebilangan kerete bile tengah drive. Bukannya driver tu mandu cam orang giler tapi sebb keinginan aku untuk memiliki sebuah kereta secantik mereka masih belum tercapai.
sekarang ni memang aku da ada kereta sendiri, alaa kereta free just bayar duit untuk tukar nama je..hehe
kancil baru yg 660 tu je bukan kete mahal pon before ni atuk aku punye tapi atuk aku beli SAGA BLM so kereta tu pas kat ayah aku sebelum ayah aku suruh tukar nama jadi aku punya. 

aku sebenarnya admire kat kelisa after aku tengok prestasi kelisa sepupu aku mase g rombongan meminang dan nikah kat kedah haritu. Mase tu aku drive avanza yang lain myvi dan persona. sepanjang perjalanan kereta lain aku nampak je main potong2 tapi yang sekor ni aku tak nampak langsung untk dipotong, so aku ingat aku kat tempat ke 3 la dari 5 kereta yang pergi (Avanza, Persona, 2 Myvi  dan Kelisa) tapi bile keluar tol dekat kedah, aku tengok kelisa tu da terpacak kat tepi jalan dan drivernye nga borak2 kat kereta lain. Sejak itu lah aku lebih kagumi dan meminati kelisa sehingga jd mengidam, sebelum tu takde lah sangat even da pernah naik.

tapi bila fikir2 aku ni belajar lagi mana nak cari duit beli kelisa so jd secret admire je la.
Sekarang aku beralih untuk mencantikkan kancil yg aku warisi ni. Dalam hati ni rasa macam2 aku nak wat terutama sekali tukar warna memandangkan warna sekarang ni da pun luntur dan tanggal2. tapi aku pun rasa cam nak tambah2 sikit la bodykit dia bagi nmpak best cam gambar kat atas tu..huhu
last2 aku yang konfius nak wat yang mane dulu tinted ke, bodykit ke or cat dulu..pening + pusing la...

itu okey lagi yang penting nye sekarang FULUS nye mane? cukup ker?? haha

bYe2