Takes time la nak taip kali ni, sebab feeling ni asyik hilang je padahal baru taip perenggan pertama =D
Mungkin hati masioh bercampur-baur antara mengenang kesedihan dengan mencari kebahagian..itu yang sampai terfikir raya nanti nak pergi Thailand kalau ada tiket murah-bajet la kata kan..huhu
Dah sebut pasal bajet ni, Minggu lepas de'X pergi Pulau Perhentian kat Terengganu dengan kawan2 masa training kat Cyberjaya dulu.
Ceritanya bermula kat wassap..orang lain yang cetuskan idea and kumpul orang tapi orang lain yang uruskan hampir semuanya..sape lagi if not me??
Camne nak pergi Pulau perhentian? ada banyak cara flight boleh, bas boleh kenderaan sendiri pon boleh tapi de'X pilih flight sbb tiket murah Rm139 je pergi-balik. Flight ni lepas tanya housemate orang klate dia kata turun KotaBharu lagi dekat compare with KualaTerengganu..pas di-sahkan benar oleh beberapa blog maka ikut je la seperti cadangan2 tu..lagipun flight KT mahal
Kitorang sampai Jeti Kuala Besut pkul 9 lebih dari airport sebab driver taxi airport tu bawak laju giler maybe sebab tak banyak kereta pagi tu..Lepas sarapan and beli barang2 sikit kat jeti kitorang pon naik bot untuk kepulau. Kalau korang gamble punya backpacker sesuai la nak gerak ke pulau awal2 untuk cari hotel/chalet tapi for my group de'X dah booked chalet dengan agensi sealife by 'abg hensem' kata kawan praktikal student kat opis de'X. So everything da tersedia untuk kitorang bot+chalet+makan+snorkling. So if korang da booked bilik takyah la datang awal2 sebelum pukul 12 sebab mostly orang checkout pukul 11, buat penat je tunggu bilik available dari pukul 10 tu. Paling kesian kawan2 de'X tu semua belum tido lagi sebab diorang kerja shift malam..almaklum la jaga customer UK, habis kerja pukul 3 pagi terus gerak g KLIA2 meanwhile de'X time tu tengah tido lagi.haha
|
Fatimah Chalet yang de'X book!! |
Pulau2 ni ade open season dan close season..bulan 5 ni waktu diorang open sebab cuaca lautan da okay tapi pada sape nak rasa ribut taufan please la datang masa close season..haha.
Komen? Chalet ni memang kena citarasa de'X sebab datang pulau bukan untuk tido or honeymoon. Asal basic things ada cukup la. Staff pon friendly (pakcik yang duk siram bunga tiap pagi tu imam solat jumaat kot)
Chalet ni kat Pulau Perhentian belah Coral Bay. Betul2 tepi pantai and dekat ngan trek nak ke Long Beach -jika ada sesape yang nak merasai kehidupan malam kat perhentian kecil (tempat ni tak sesuai untuk orang tua dan kanak2 sekolah)
Caution!! jangan mabukkan diri kang bala turun plak kat situ. Midnight life start pukul 10malam keatas, ada pertunjukan api pastu menari (sebab omputih da start mabuk- ada orang agency yang bagitau) kalau pastu ada one night stand tak tau la sebab de'X sebelum pukul 12 da balik tido..acah2 Mr.Cinderella ..haha
|
Jungle tracking ke Kincir angin pastu turun tangga ke D'lagoon |
Siang pas check-in and lunch, de'X push kawan2 untuk pergi long beach pastu masuk hutan untuk ke kincir angin..masa dalam hutan diorang da putus harapan and assume dah sesat sebab jauh giler jalan still tak nampak Kincir Angin tu. Tapi harapan tu kembali bila nampak ada couple omputih tengah hiking gak kat depan kitorang. Actually kitorang buat benda terbalik..orang lain datang ke kincir angin naik bot kat Long Beach balik tu baru diorang turun lalu darat..haha. Alternatifnya de'X terjun laut g tahan taxi air yang drop orang untuk ke kincir angin pas nego ngan beberapa bot dapat la harga rm10/head.
Pulau Perhentian Kecil ni memang untuk spesis berjiwa muda sebab fasiliti kat sini takde yang macam untuk berehat2 hujung minggu.. siang tu kalau lepas waktu sarapan @ atas pukul 10, semua orang akan keluar sama ada diving atau snorkling atau pergi pulau2 kat sekitar.. de'X amik pakej snorkling kat area pulau je tapi tu pon da cukup hitam and satisfied sebab jumpa penyu (tapi penyu lari tak sempat nak datang dekat) berenang atas 3 ekor wild shark besar memang experience baru (de'X terjun tanpa mengetahui itu adalah shark point...ingatkan turtle point) Semua sekali ada 5 point bagi de'X point 1 (coral bay) paling cantik dan point 5 (romantic beach) ikan paling jinak-kat tepi pantai pon besar2 weh!!
Other aktiviti tak ada ape sangat nak dicerita semua sama je macam majority tempat2 pelancongan and kalau ada pon tu dalam 'kelambu' mana boleh citer..haha
Hari terakhir kat Pantai Timur before naik flight kitorang masuk KB untuk cari Royal Murtabak.. ada mak kawan pesan tapi tak tau kat mana and just taw landmark kat sebelah Billion. Pakcik taxi ngan susah payah bawak kitorang ke Billion sekali bila dia roger2 ngan kawan2 dia rupanya ada Bullion satu lagi kt KB ni. Pakcik ni kira baik la sbb still kekal harga RM90 dari jeti-KB-airport walau pon da pusing2.
Oh ye..odw nak balik tu singgah zon keropk lekor cam gamba bawah ni..pakcik taxi tu la rakemen, dia kata ni paling sedap tapi bagi aku 'paling sedap' tu aku tak tau tapi kalau 'sedap' memang ye. Memula semua taknak beli tapi lepas bagi 'rasa' free sata goreng ngan keropok losong...paling kurang 2kg berat beg masing2 bertambah. Cam de'X beli keropok 2kg+sata goreng 3 bekas+sos+keropok keping. Masa borong memang seronok tapi pastu time angkat baru sedar akibat nafsu tak tertahan bila tengok dia wat keropok depan mata..haha
|
'beli keropok' bukan dalam perancangan tapi pastu borong sakan |
Sampai KLIA2 seperti waktu yang dijadualkan..actually ini first time pergi bercuti parking dalam airport. Cube teka berapa de'X bayar parking petang tu...?
RM!#@ weh (check ur keyboard kalau nak tahu nombor)...Terus jatuh menjunam bajet percutian de'X yang konon taknak lebih RM550.
Kesimpulannya jangan terlepas first train ke airport jika anda penumpang first flight (early morning) ke destinasi pada hari penerbangan.
So, this is it. My journey to east coast da cover dari Pantai Cherating Pahang- Pantai2 Terengganu- Cherang Ruku and KB (Kelantan) dalam tempoh 2 bulan ni. Tapi pasni nak g Pulau Tioman plak sebab member cakap ada contact untuk wat diving kat sana, harap dapat murah!!
Satu sifat de'X adalah tak suka report kemana de'X pergi to anyone..suka diam2 hilang tapi pastu bagi hint kat stakeholders yang de'X went to someplace. So bila muncul maghrib hari isnin tu kat rumah family ngan keropok and sata goreng everyone macam "eh? ko dari mana?" hehehe ^__^Y