Thursday, August 23, 2012

updates ziarah2

semalam bangun2 pagi kepala da rasa pening, badan rasa lenguh and badan panas.so conclusion-nya de'X da demam..huhu. tapi pas makan soluble ngan actifast dan tido maka dengan izin-Nya sihat la semula tengahhari kul satu tu.

pas asar tak pergi la beraya umah kengkawan kampung sebelah sorang2 koz kawan yang biasanya wat partner xhbis beraya lagi ngan family dia. Ada satu kawan hari sebelum tu dia tanya tak datang umah ke? so, semalam pergilah ziarah,yela da la mase dia kahwin dlu tak pergi padahal da jemput sejak pas dia bertunang lagi da.hehe Tapi sampai kat umah dia maknya cakap anaknya da balik pagi tadi koz harini keja sabtu miggu depan dia balik lagi..hampeh punye kawan, so beraya la kitorang ngan maknya je..maknya tanya aku sekolah sama ke ngan anaknya. koz dia xingat pon muka aku, tapi muka kawan yang aku bawak raya sama tu dia kate die ingat sikit. katenye"muka hensem makcik susah nak ingat"-pujian ke ape tu -__-"
petang tu dapat raya 2 rumah je =(

pas antar kawan tu balik terlalu depan barbershop so memandangkan rambut ni seakan menjadi tarikan mase ziarah maka decide potong la banyak..malam tu datang lagi kampung tu. Well beraya kan? so umah yang sama de'X masuk dua kali, ni sume gara2 janji tak ditepati, 8.30 jadi 8.50. da la kakak dia tu kawan abang. wat segan je even mak, kakak n baby dia okay. Ingat ramai la yang nk g beraya ni skali berempat je..cet. takpe la janji beraya gak uma kawan ni.

borak punya borak kawan yang nurse ni tanya "sape makwe ko?"
well cam biase de'X jawab takde sape2
then dia kata la dia tengok de'X ni asik bertukar2 je sampai dia konpius mane satu makwenya.. -de'X cakap taknak caya- banyak sangat tengok FB la tue..
malam tu g satu rumah je dari kul 9 sampai 10 suku duk umah sama je koz xde hala tuju.haha. mau taknya
nak g umah yang ni sorang tu xnak pergi, nak g umah sana orang nya takde, nak g umah yang tu sorang kawn kate umah tu besar sangat segan nak msuk. so berfikir la semua "nak pergi rumah sape n?" sampai la kul 10 suku.. Tapi pelik la kenape ramai kawan2 set time "jumaat t la weh.." padahal jumaat tu orang sume da bizi nak g tempat lain sebab da cuti hujung minggu??

babye

Tuesday, August 21, 2012

raya gaya

okeyh memandangkan makcik de'X yang baru sampai dari johor pagi tadi pon da notice pasal penampilan de'X maka tetiba hati ni pon rasa cam nak alter rambut ni da since this morning. Huhu
tapi rasanya takdelah extreme sangat macam kawan rapat de'X. Kalau nak tau rambut raya dia just ade kat atas tengah depan je..tepi sume dia botakkan, giler ganas sampai mak dia mintak pendapat de'X cane nak settle kan rambut anak lelaki sulongnya tu..huhu. Rambut de'X just panjang je tapi takde la sampai ke bahu plak..hoho

income 3hari time raya ni boley nampak la peningkatan berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas. Ia dinilai dengan bilangan sampul dan tidak bersampul yang telah dikumpul yang jelas berbeza kuantitinya pada tahun lepas. Keaadaan ini dipengaruhi oleh faktor ramai sepupu yang telah menempatkan diri  disektor swasta dan kerajaan dalam bidang perkhidmatan berjaya mengukuhkan ekonomi mereka ditahap stabil.

hehehe..da cam komen ngan analisis ekonomi plak da kan.. =D
by the way, syukur untuk segala kurniaannya.. babye~

Thursday, August 16, 2012

ramadhan 26

Sedar tak sedar ramadhan da tingggal 2 hari lagi je..
harini kelas sume cancel sebab VC keluarkan pekeliling batalkan kelas..wahh seronoknya

Lastday sebelum semua balik, semalam buka puase kat JM Briyani House kat S.A ni dengan kawan2 se-degree ni. This is first time ramai2 buka kat lua mugkin juga yang terakhir sebab ramadan seterusnya ramai da habis belajar- insya'Allah.

Da hujung2 ni memandangkan kelas pon takde, keje da siap so adela masa terluang sambung aktiviti terawikh..hihi. ingat nak wat full sekali masjid tu wat 11 je tapi de tazkirah. De'X cakap okay gak la koz ngan takde wat pape ni, lagipun kawan 2 de:X yg buka sama tadi diorang pergi tengok dark knight rises habis midnight.

lepas moreh ingat nak lepak dalam kete je tapi mak aihh nyamuk berdansa plak kat kaki, so pikir2 punya pikir g uptown la tengok barang untuk sambut raya. Keluar je simpang, ciss panjangnye que. Tapi uptown ni bosan la even harga best gak la..ni wat rindu uptown ngan downtown kat area KL dulu. Da pusing dua kali lastly balik tangan kosong je koz takde bende yang menarik hati

kawan de'X ciknad jual biskut raya, bak kate kawan de'X yang lain "nak jual kat ko senang je, lau ko tanya sedap ke tak jawab je sedap komfem ko beli.." Alaa da biskut tu sounds great nk wat camne- almond and cornflakes..lagipon de'X beli sebab trust ngan ciknad cakap..menolong kawan tu perkara ketiga dalam carta Kenapa Saya Perlu Beli?

p/s; JM Briyani kat situ rasa biasa je tapi harga da tinggi service tax saing pizzahut tapi pizzahut pon servis+government tax baru jadi mahal..lagi best kat Qaseh Bistro haritu~

salam ramadhan!! Babai =)

Wednesday, August 15, 2012

buffet buka puasa

Isnin haritu..yang baru je lepas ni- pegi check kat kelander la.

tetibe tekak ni nak makan popadam bila buka pose petang tu, so pikir2 dari pagi bwak ke tengahhari lastly cakap katsorang kawan "hari ni aku nak bukak kat Qaseh.." alasan still sama bosan makan makanan sama je hari2..padahal nak makan popadam je..kalau keropok da ade sekilo da tinggal mintak kawan gorengkan je..

so, tetibe petang pas abis kelas kawan tu bagitahu dia nak ikut walaupon rasanya de'X takde pon ajak..haha,takpelah lau nak ikut.. then dia ajak la housemate die-kwan de'X jugak..huhu. Yang kawan de'X tu elok2 da nak balik umah terus cancel buka kat umah.

Qaseh tu owner die ade related ngan sorang kawan de'X ni.. So sebelum datang da call mintak reserve satu table untuk 4 orang. Tapi bila sampai.."alamak! buffet ke?" terus teragak2 nak masuk kedai tu..ingat nak cancel sebab bagi de'X ni membazir la bayar mahal2 tapi makn tak banyak pon..tapi pas cakap ngan owner yang bernama angah tu,dia suh masuk gak..so apenak wat, duduk je la menunggu waktu berbuka..

Sepanjang hidup ni la first buffet ramadhan bagi de'X..kalu buffet makn kat hotel ke kenduri-kendara tu takyah citer la..hoho. Bistro yang de'X berbuka ni bagusnya sebab masakan Melayu yang pelbagai sampai blum lagi bosan kalu datang makan kat situ. then yang bagus time buffet tu sebab diorang sediakan tempat solat laki n pompuan, so memang ramai wat second round la de'X tengok..huhu kalu kat kedai biase jgan harap la, pukul 8 da kene balik cari masjid.

hmm..setakat ni makn memang da sedap tapi ade something yang wat de'X seganlah..

da terlajak ke 15 plak

babye =)

Sunday, August 12, 2012

pilih2

Pilihlah yang mana satu~ walau de'X suka menyanyi tapi ini bukan lirik lagu hari raya okay =)
hidup ni penuh dengan pilihan
pilih untuk baik atau buruk atau tengah2 atau dua2 atau ape-ape je la..
saya pilih malaysia! haha iklan dekat2 PRU nikan.. =P

tapi most of time de'X pilih untuk diam dan berfikir..fikir ape? ape2 jer~
sebab kurang cakap kurang menyakiti
tapi terlalu kurang cakap terlalu mengelirukan-boleh wat sakit hati gak..haha
so, cakap bila perlu dan bila yakin dengan ape yang nak dicakapkan tu- cam cara Imam Syafie la..

guna hak berfikir sebelum hak bersuara tapi lagi bagus kalau faham pasal hak miranda
ape benda tu? yang softdrink tu Mirinda okay.
dia ade 4 element tapi senang citer hak miranda tu hak untuk diam diri..

banyak perkara de'X diamkan dari orang tapi selalunya de'X bagi signal pada orang yang mampu berfikir tentang ape yang de'X diamkan.
pada de'X hanya masa, keadaan, suasana, nasib dan takdir akan menjadi penentu segalanya tika de'X berbicara..
so maknanya? pikirlah sendiri =)
bYbye!

Saturday, August 11, 2012

lari2

de'X dalam dua hari ni bila petang je mesti menghilangkan diri and bila da tengah malam baru la muncul balik.
kemana de'X pergi?
tak kemana pon just pergi cari teman buka pose je kat KL..
firstday hilang tu keluar ngan kawan2.
Iftar kat tasik then terawikh kat masjid negara pastu windowshoping kat area jalan TAR..for some others dioarang g beli mercun kat selayang tapi de'X tak pergi sebab dah pkul 2pagi lebih nak kena balik SA. yela hidup menumpang ni tak ley la wat cam umah sendri..hehe.
mase supper roti naan kat area masjid india pekedai tu bukan main baik serve kitorang makan siap bagi air free lagi. tapi bila panggil nak bayar sorang pun xnak datang. Pelik betol. tapi at last de'X dapat tahu gak kenapa?
kitorang kan datang ramai2, datang plak tengah2 malam, siap bawak kamera bagai.. so diorang ni ingat kitorang ni pegawai imegresen..ape daa
supper kat jalan masjid india
hari kedua just nak memenuhi selera yang da bosan menu buka pose sepanjang 20hari pose.. nasi ayam, nasi lemak berlauk, kuew teow, itu je rotate hari2..sebab bila g bazar tu konfius nak makan pe. Klau stick duk kat SA ni mmg ikut majority je la makanan beli kat bazar..so bila pergi jauh2 ni dapat la wat keputusan nak makn ape and kat mana sesuka hati.

even kua jenjalan dua hari ni tapi still tak shopping raya..bukan takde bajet tapi takde feel nak raya lagi. bila radio pasang lagu raya cepat2 de'X tukar..tak ley terima lagi.mungkin sebab masih sukakan ramadhan ni lagi kot,,,yeke??haha. babye =)

Sunday, August 5, 2012

Dah Lepas

Alhamdulilah result keluar, tenanglah sikit mengharungi baki intersesi dalam 3 minggu lagi ni.
I'm giving thanks to Allah untuk keputusan DL ni..by the way ni bukan Dean List tapi Dah Lulus..haha.

compared with gang members bolehlah nampak gap result among us even belajar sama wat assignment sama tapi result lain-lain. maybe it's a gift for certain people to get ability of better understanding than others or to having ability to memorize better than others.

some good in calculation and some good in theory. Me? I'm in between of both, not too good or too bad. tapi aku still survive dalam ape yang aku buat ni.

aku kagum dengan perempuan-yang aku kenali- sebab diorang bila jawab exam, paper always not enough. Macam manalah diorang mampu ingat setiap baris ayat yang dibaca?? Bila ditegur pasal jawapan diorang yang panjang2 tu dijawab "aku merepek je tak tahu lah betol ke tak".Cubalah tanya jawapan aku, pendek dan ringkas tapi aku tahu tak padat sebab aku kering idea nak tulis.haha

Tapi bila study aku lebih suka dengan lelaki sebab dengan diorang rasa lebih relaks dan enjoy but still study. Sorang kawan tu result dia masih misteri sebab tak tahu dapat berapa tapi dia mampu make elaboration dengan point yang dibagi. jeles nye..

Antara kami semua tak termasuk kawan yang result still rahsia tu, sorang je yang maintain dekan- de'X tumpang happy dengan kejayaan diorang yang berjaya kekal 3.00++ and buat peningkatan dalam gred. tapi pelik sebab perepmpuan ni even result dia da boleh kira baik still feeling down..entahlah.

Aku terima segalanya seikhlas hati walau ia takseperti diharapkan. Mungkin belum rezeki aku.
Next sem, aku da mula berkira2 untuk tamatkan ontime ataupun aftertime.. Aku still ade kawan kalau grad lambat tapi aku berharap aku dapat habiskan semua ni cepat.