kalau yang movie tu memang tak ada apalah pada aku..teman kawan perempuan tengok movie tu tapi aku lebih fokus pada sinematografi berbanding cerita tu sendiri...else? aku suka pada bait kata para pelakon antaranya"Rangga apa kamu lakukan pada saya itu jahat"..huhu
Tapi aku ingin masih bicara tentang cinta
Cinta aku yang mungkin meluat orang dengar kerana kerap kali aku ucapkan tentangnya. Bertahun mereka berdua pergi tapi masih lagi aku merujuk sesuatu peristwa dengan mereka. Ya!! I used to say "my late grandmother/grandfather...bla bla bla" Aku dah kurang ke kubur mereka..agak lama dan minggu depan dah puasa. Bukan tak ada balik kampung dimana aku dibesarkan cuma entah, jiwa memanggil tiap kali lalu kuburan itu cuma tangan ini, kaki ini terus memilih untuk singgah.
Cinta
Memang benar ia membutakan dan melukakan. Tapi aku hidup kerana cinta, aku membesar dengan rasa cinta dan kini aku mencari cinta. Orang bisa berkata aku ada rupa, orang juga bisa berkata aku punya gaya lalu menyebabkan aku menjadi pemilih...sungguh tak benar tanggapan itu. Bukan rupa paras menjadi ukuran pertama, bukan juga agama yang aku nilaikan.. . Disaat jantung berdetak pantas kepadanya ada dua perkara yang menjadi dilema. Jika kali ini yang benar maka "maafkan cucu mu ini wan, sebab kawan yang sekarang ni bukan Melayu gak tapi most important bukan Jawa, semoga along, kaklang and 2 lagi adik jumpa jodoh yg pure Melayu as you wish for"