Friday, January 2, 2015

New year 2015

Tahun baru datang lagi!! 2015 gantikan 2014 yang penuh airmata. Not only me and my family but most of Malaysian, depend on what happen to them. For me of course the losing of grandma hurt me more than anything last year. Those who don't know yet, weeks before my grandma past away I've wrote an entry and said "I willing to not have  job just to take care my grandma till the end of her life". Then, that was happened. I got a job few days after the funeral. The job that I planned to have at the retirement age not now, but I took the chance given to me.

Since back from seberang tambak my health condition dramatically drop to certain level which never been faced recent years. But, none of my family aware about my condition 'cuz I had limit the communication access for my relative. only certain things will appear on my FB.

My new year eve was laying on patient bed in a clinic nearby, I was under treatment that night maybe because my  health condition become worst from day 1. Waiting for 1 pain water to finish. I snap a picture and post it in FB not for sympathy but to tell friends that I feel frustrated to people which i've made such promise to celebrate new year together since I could not join them for tomorrow.

When I was about to sleep.. a wassap coming to my phone and says "abang warded ke?" At that time, Oh god, thanks a lot..I feel better now! Few frens which never be contacted soo long also leave a comment at my FB and I appreciate their concern.

New year start now, I wish my work performance will be better, my obligation to The Creator also better, my heart to that girl will stronger, my dream and prays will be true.  In 1 year and 6 month from yesterday, I hope good things happen just how I wished for. Amiin

Sunday, December 28, 2014

Hujung tahun

Setelah hilang mood seketika tetiba rasa macam patut taip something la kali ni, bukan ape...mana taw satu hari nanti perlukan ingatan ni semula. huhu =D

Buat masa ni sana sini riuh pasal banjir terburuk kat Malaysia sejak tahun millennium bermula..few friends menangis pasal rumah diorang first time masuk air dalam sejarah. Dan sebenarnya... aku tertanya sendiri "rumah 'dia' dekat ngan laut..selamat ke dia n famili?" Tapi setakat itu je la.. try contact sorang kawan nak tanya keadaan dia..sekali laki mana plak jawab panggilan aku tu. Terus aku tak contact lagi dah.. hari ni bukak FB nampak post dia pasal banjir..pendek citer rumah dia sikit lagi nak kena.

 Kenapa baru hari ni bukak FB?

Saat Malaysia ditimpa bencana ingat PM sorang je boleh enjoy? Aku pon pergi enjoy gak cuti krismas ni even takde la main golf =P tapi berjalan pakai passport la jugak..heee

Where? tak jauh Singapore je tapi it was not my first time datang situ sebab masa kecik pernah je datang cuma tak pernah jalan, datang wedding then balik.

This time datang sebab nenek sedara sakit (the only nenek yang tinggal sekarang) dah alang sampai tu pegi la Universal Studio sekali. Dan kebetulan rumah sedara tu 15 minit je ke sentosa island!!! next year bole datang sana lagi ni..haha

Singapore not as I imagine before- crowded place- tempat yang cantik dan tersusun. first impression lepas keluar dari kastam Woodlands "wow! rasa macam lebih hutan daripada Malaysia" haha. Actually lebih pada tak sangka singapore ni masih banyak hijau.

Walaupun masa nak masuk tu leceh, yelah since tahun bila ntah that country has made n change rules pada pelawat. So aku ngan first time masuk pakai passport sendiri, kereta sendiri memang macam2 kena buat masa kat imigresen tu.

Selama ni bukan aku tak pernah jumpa sedara mara singapore ni cuma tak kenal nama and muka.. bila da sampai tempat diorang baru la kenal sorang per sorang and lastly 
"Eh? cun pulak dia ni!"
Siapakah? Itu lah sedara yg pangkat dia dua-pupu aku.
"Tapi awat cam lain sikit rupa dia?" Oh her father non-malay, He's Pakistani.

For me Singaporean have strong english but they still able to speak malay even chinese and indian (kalau tengok kat wikipedia-languages (first english then malay, pastu baru mandarin)) So nak taknak memang speaking je la aku masa kat singapore tu termasuk ngan dua-pupu ni. Cuma agak janggal plak bila da fluent cakap english tetiba terselit bahasa melayu sebab combination ayat dia tak familiar kat malaysia.

Pasal harga barang memang ketara la bezanya. Kalau pendapatan aku sekarang ni dapat dalam dolar singapore, aku rasa hidup aku agak selesa jugak sekarang ni. air teh o kat sana baru S$0.90 compare kat sini RM1.00-itu pon kedai biasa2 lau mamak da tambah lagi RM0.20...Senang citer sana memang murah lah kalau bab makan atau keperluan harian ni. Tapi kalau ikut ajaran menteri/orang ada nama currency luar kena convert jadi RM dulu kalau nak taw murah atau tidak..puii mam la!!!

Sunday, October 5, 2014

Realiti sunguh berbeza

Hidup ini tidak seindah dan semudah disangka, apa yang dibayangkan masa kecil kini realiti sungguh berbeza. Bak kata PM "..kami kurangkan subsidi petrol dan tak sengaja naikkan harga petrol.." belitlah macamana bak kata kawan-kawan "Ini semua salah Amno (you know what I mean)" Jadi, apa kaitannya subsidi dan salah Amno? Aku pun rasa tak ada kaitan dengan apa aku nak taip lepas ni..haha

Masa terus berlalu, ingat dah habis belajar bolehlah dapat kerja yang gaji setimpal dengan usaha tamat belajar kat IPT tapi aku masih bersyukur dapat peluang kerja walau iri hati dengan pendapatan kawan-kawan yang lain. Kadang tu aku macam terlintas kat kepala kenapalah aku sambung buat ijazah kalau aku terus kerja lepas diploma tu kan bagus, ini semua racun akibat lihat kawan2 yang tak sambung pelajaran lebih banyak duit dari aku yang memberi  tambahan 2 tahun untuk jadi pelajar universiti. Tapi bila aku renungkan, tanpa masuk universiti siapalah kawan yang aku ada sebab disitulah aku kenal dunia, panjat bukit (gunung masih dalam perancangan) redah jalan sesak cari makan, berkhemah kat kawasan larangan di Port Dickson, naik kapal terbang untuk kali pertama dalam hidup dan panjang lagi kalau nak ditaip. Paling dirasai ada kenal orang Sabah dan Sarawak.

Hidup ini berbeza realiti dan diimpi, sekarang barang mahal even keropok yg nipis jual kat gerai tepi jalan pon dah bukan 10sen lagi dan paling aku menyirap pisang goreng yang dibelah 3 harganya 25sen sekeping!!? PM yang sekarang ni pula suka sangat menyebabkan harga barang naik, tu lagi aku bengang. Oh aku bukan nak cerita pasal makanan tapi pasal keperluan hidup. Rumah mahal even flat, siapa bagi buah fikiran"carilah rumah kat luar bandar" memang minta buah pukul namanya sebab aku kerja kat bandar. 

Impian aku semuanya perlukan duit. Nak berjalan-jalan perlukan duit, nak itu kena berduit nak ini pon wajib berduit, itu baru hidup sebagai seorang bujang. kalau taknak membujang sampai mati? Nak kahwin kena ada duit, dah kahwin lagi perlukan duit untuk makan minum, rumah, kenderaan, nafkah. Bak kata UAI nafkah tu bukan setakat bilik tido dan duit belaja, buat pasangan gembira pon nafkah juga..and the one who in my radar is a person who love to travel just like me. 

Waktu terus berlalu dan aku harap hidup aku tak runsing begini sepanjang waktu.

Wednesday, August 13, 2014

demi food

What the heaven today! Big Boss cuti tak masuk ofis, kitorang siap plan skip puasa 6 semata2 nak kecapi perasaan gembira tu..takde la sampai wat kenduri tapi makan besar gak la kat Mr. Steak house laman seri.

Ceh ayat cam dah nak jd food reviewer la plak. By the way memang sejak duduk bandar tanpa wayang ni (kalau ada pon nun kat hujung sempadan) makanan tu menjadi perhatian aku. Yela dulu masa study sume nak cut cost asal x lapar so bila dah kerja and duit pon da xmintak kat parents.. Ini la masanya nak menerjah pintu2 kegemukan..haha.

TAPI..
Mengapa ini semua harus berlaku, Adakah ini semua kerna diriku?

I thought it was food poisoning effects but then bila di-Google ternyata aku merisikokan diri selama ni dengan menganggap itu perkara kecil.

"Do you know that thing could kill you?" the doctor asked me after I explained the allergy symptoms.

Yang tak bestnya sekarang, bila da aware semua benda aku risau nak makan.. Antara pantang orang allergic ni adalah avoid protein sekurang kurangnya 3 hari.. WHATT?! Jadi makhluk herbivore la saya kalu camtu..

So, pas discuss ngan doktor..she gave me cure for the allergic tapi siap bg warning simpan ubat dalam wallet..  disebabkan da taw cure tu senang dapat pasni maka malam tu gak aku g Big Brother seksyen 7-makan chicken yg totally protein.. Hehe

Saturday, July 26, 2014

friend request

There's something that I should done long time ago, approve all friend requests - on Fb - coz now it feels awkward to approve the request.
Tapi kenapa aku tak approve dulu? Sebab kalau ikut polisi aku, kenal xkenal belakang cerita yang penting mutual friend tu aku kenal dan yang paling penting ada gambar muka supaya aku bole cam...maybe ade something missing time tu.
Nak accept friend request tu sekarang? Cam segan je sebab t kelua kat wall Tapi orang pon da lupa bila masa diorang wat fren request ngan aku..huhu

Wednesday, July 9, 2014

usia

Alhamdulillah.. Masih aku dipanjangkan usia untuk melalui satu hari ramadhan.

Sebut pasal usia ni tetibe sedey lak bile pas hepi iftar same2 ngan kawan semalam,  balik tu bukak fb nampak post pasal seorang kawan yg baru meninggal. Huru hara gak la fb n wassap dari malam sampai ke harini.. Ramai lak yg bg update.

Effect berita tu aku tak dapat tido sampai ke pagi sebab terasa cam aku ade hutang sesuatu kat arwah.. Harap aku tak pernah berjanji sesuatu yang aku belum tunaikan. Bak kate satu junior malam tadi "if da tak bole ingat ape nak wat.."

Malam yg sama aku cuba nasib mesej berita itu pada seseorang yg pernah ada dihati dulu.. Tak sangka respon dia okay seperti masa lalu walau ade sedikit poyo pada msg pertama dia tu..haha..tapi tak perlu aku nyalakan harapan sebab itu kisah lalu.

Aku mungkin tak la rapat sangat since arwah tu junior aku masa dip..dia adalah first person yang aku kenal dalam batch tu mungkin sebb sikap dia yang disenangi ramai. Lepas dia pergi ni barulah aku tau jarak umur aku ngan dia setahun je rupanya..ingat kan dua cam kawan2 yg lain..tapi still sebak la bila ada lak yg rajin update aku personally pasal arwah ni..hey

Friday, July 4, 2014

dah kawen ke

Beberapa waktu ni bila balik rumah je aku akan berposing depan cermin sebab orang ramai asyik dok tanya soalan sama.

Do I look like a married men? Which part eh? Confuses with it.

Be an auditor allow me to have chances for traveling, but almost in every places I'll be asked the same question - are you married?

Jawapan aku mesti la 'belum' and ingat boleh la stop situ tapi banyak lak sambungan berkaitan. Persoalan yg timbul apakah yg diorang nampak hingga first impression diorg macam tu??

Nak tepuk dada terasa sakit so aku tanya kedalam hati "sudah sediakah aku?" dan jawapan aku "belum, tunggu la setahun dua lagi "