Wednesday, October 16, 2024

Bunga

Ada apa pada bunga?
Ada kata bau, ada kata warna, dan ada kata pada bentuknya.
Tapi bagi yang lain, pada bunga ada makna.

10 tahun berlalu,
Tapi minggu ini tiba-tiba ingatan hadir
Sedang sebelum ini seakan tidak memberi sebarang erti bila melihatnya.

Entah bagaimana saat menonton berita di-tv pada bulan Oktober, satu segmen mempertontonkan bunga dan maksudnya. Masa bulan February tempoh hari tiada pula.

There was a girl,  the one who made me learn how to smile for pictures, the one who created a path and inspired me to walked on the path. Like a guidance star to person who already lost.  The one who I gave Lily on her special day.

Itulah kisah sekuntum bunga  yang selepas sedekad kembali mengetuk memori dan membuatku mencari-cari kenangan itu. Jumpa ke? Tak, dah hilang! Sebab tu luahkan ke blog ni.

Saturday, June 13, 2020

Keputusan suatu kenangan

Bukan mudah untuk mengingat atau melupakan sesuatu yang sangat significant dalam hidup.

Seperti sukarnya nak ingat formula addmath seperti itu sukarnya melupakan memori yang telah menjadi sebahagian hidup ini.

Aku sipelupa yang banyak @ cuba mengingati apa yang berlaku dalam hidup.

Lebih sedekad yang lalu aku berjaya keluar dari rumah family melalui jalan pekerjaan- pendidikan-  dan sekali lagi pekerjaan. Hidup diluar sangkar aku kecapi kebebasan terkawal. Berjumpa ramai orang, bergaul dan bersosial.

Dalam ribuan itu wujud perasaan dan memori namun kerana itu bukan takdirnya. Hidup ini diteruskan dengan memori yang lain. Sebahagian memori yang berlaku itu dipindahkan ke objek dan sebahagian lain dilupakan bersama waktu yang berlalu.

Masa berganti, memori indah bertemu manusia lain, kehilangan demi kehilangan, kesibukan sebagai manusia normal membuatkan kandungan objek tersebut dilupakan... Namun, bila keyakinan itu datang, tekad untuk menghapus apa yang mampu merosakan memori indah pada hari ni adalah melebihi segalanya.

Walau pengajaran dekad lalu itu yang mempengaruhi aku untuk jadi seperti hari ini. Namun aku pilih untuk ia hilang bersama waktu yang berjalan.

Sebenarnya Februari lepas ada satu jurnal dari 10tahun lalu yang aku tersilap buang, baru baca separuh dari suku. Ingat nak baca semua balik sebelum buang tapi mungkin kecuaian aku adalah ilham dari tuhan yang maha mengetahui baik dan buruk sesuatu.

Dan harini June, aku teringat pada 2 horrocrux yang aku plan nak lupus tapi tak sempat lagi. Tapi jap lagi aku campak la sebab dah tekad habis ni.

Semoga keputusan aku dan hidup aku hari ini dalam berkat ilahi. Amin.

Saturday, December 28, 2019

Tahun ini dalam rangkuman

Hai.

Tahun 2019 hampir dipenghujung, kalau ada sesiapa yang membaca blog de'X mesti perasan sawang-sawang yang melekat pada dinding blog. Maklumlah setahun sekali je post. Tapi sebenarnya draft banyak je save cuma bila makin dewasa banyak perkara dalam hidup sehari-hari menjadi peribadi bukan untuk dikongsi seduniawi.

2018 de'X melangkah ke jinjang pelamin dengan seseorang yang tak pernah disangka, bagaikan takdir yang telah tertulis, bagai cahaya muncul dalam kegelapan.

Tapi kenapa baru sebut sekarang ni? Entahlah de'X merasakan banyak hati yang perlu dijaga walaupun ada yang tak perlu dijaga lagi pun.

Catatan 2019?
Bulan January sampai ke awal march de'X banyak ke Johor sebab ada makcik tak sihat tapi masa kes sungai kim-kim tercemar makcik tu ambulans hantar datang kat kampung kat selangor. Few weeks later berdasarkan keadaan makcik masa tu da kat dalam hospital, de'X undi pilihan untuk hantar pulang makcik ke Johor semula. Tapi 05APR19 pagi Jumaat dia meninggal dan kebumi kat satu kawasan dengan kubur atuk and wan kat selangor juga.

Bulan April kakak kahwin, lepas bergaduh sebab de'X kahwin dulu sebelum dia, alasan tak puas hati de'X langkah bendul. Dey! Lelaki mana ada langkah bendul. Tak faham adat punya orang. Tapi ni berlaku bila ada orang mulut tempayan. Kalau ikut rancangan sepatutnya semuanya aman je.

Masa bulan Jun, giliran belah laki pulak buat majlis. Seperti kebiasaan rombongan family tak pernah kurang 20 orang, this time maybe dalam 50orang. Bila berkumpul ramai² kat luar selangor ni rasa pelik sikit  yela 99% family base kat Selangor selebihnya Johor, Singapore, sumatera.

Bulan July, lepas setahun lebih jugak la tak mendaki secara serius. De'X ke kepulauan Jawa Indonesia tapau dua gunung satu kat Wonosobo and satu lagi kat Yogyakarta. Seksa mendaki tanpa proper preparation hanya tuhan yang tahu menyesalnya diri.haha. Akibatnya first time alami kuku kaki mati sebab hiking lepas 4 tahun menceburi aktiviti ni.

Awal bulan 12 haritu adik perempuan pulak kahwin. Adik beradik semua protes sebab kakak baru je kahwin haritu-bulan Jun majlis bertandang belah laki. De'x dengan rasionalnya bagi beberapa sebab kenapa adik beradik tak setuju tarikh awal disember. Memang dasar risk & assurance consultan. Hehe.  Tapi teruskan jugak cuma adik beradik ramai tak balik awal la sebab masing² da simpan cuti bawa kedepan. De'X dalam bantah2 tetap balik awal sebab cuti sebenarnya berlambak lagi sampai amik cuti saja² hujung² ni

So now it's December, minor and major events happened. Love, lost, joy and tears become part of life this year.  From December last year   to December this year, I still living with memories of my grandparents but had no me-time to visit them. 

Monday, June 18, 2018

Memanggil semula memori yang hilang

Aku rasa macam awal tahun haritu ada post something kat blog ni tp bila buka "ehh!?? Dah 6 bulan tak post apa-apa!??"

Lari objektif la buat blog macam ni gayanya- selangkah dalam kehidupan berjuta untuk diceritakan.

So, what I have gone through in this 6 months? Hmm... Should I summaries all by monthly basis like previous year (2017)? Haha. But frankly speaking, I may forget certain events.

January. My sister on her besday dia nak jalan kat Cameron- specifically, minum teh kat ladang teh. So we all went there and luckily jalan dari rumah sampai atas tak jem...sebab tu bukan cuti sekolah dah. Gambar? Da upload thread kat FB. Hihi.

February. Kalau tengok kat Insta... Macam tak ada benda sangat happened this month. Adalah panjat bukit sikit, berenang kat lombong, jog...tu je la aku ingat. Aku suspect benda ni aku buat sebab da geram tengok fatbelly ni. Haha. Owh ye, bulan ni rasanya aku signed takaful medical selepas bertahun berfikir. Dan rasanya bulan ni jugak aku start buat hutang baik dengan bank demi better credit rating.

March. A friend got married, kawan masa belajar kat KL dulu..kawan yang kenalkan aku ngan kawan2 sekolah dia yang suka outdoor activities. Macam biasa, aku ada kerja yang kena buat hari tu. Hampeh betul sebab tak boleh jadi normal tetamu...antara paling awal datang dan daling akhir balik. Nasib baik boleh dapat dayang seorang pastu. Hihi.

April. A friend of mine masa belajar kat KL dengarnya half body paralyzed selepas saru accident masa outdoor, dengarnya main skyjump a.k.a terjun guna parachute. Tapi aku serba salah sampai sekarang sebab tak pergi lawat dia..dari dia kat hospital ipoh sampai la transfer back to pusat rehab kat cheras. Will try soon as possible sebab wife dia tu da sarat rasanya sekarang. (18JUN18).
Bulan ni jugak aku amik cuti panjat gunung kat pahang, nama dia pine tree trail...bayangkan berbulan tak hiking, training pon ala kadar tetibe pergi panjat salah satu trek yang menjengkelkan otot2..ughh tapi tetap berjaya keluar sebelum gelap.

May. Pergi Singapore dengan hajat nak complete kan map Singapore, so sampai la aku kat jawan yang jarang ada pelancong luar- Pulau Ubin. On second day the dayang sampai Singapore jugak untuk jalan2... Not much can cover within 1 day...tapi tourist attractions dapat la bergambar. Settle 1 janji aku dengan dia. Seminggu b4 puasa tibe geng study shah alam buat reunion kat melaka tapi since ramai ada adhoc commitment and cuaca x mengizinkan..sekejap je habis event tu.
Starting bulan pose aku kerap balik rumah parents...sambil kemas2 n repair. Dan selepas bertahun pendam, 2nd weekend ramadhan aku pon ucapkan kata2 yang selama ini tersimpan....

Jun. Walau belum lagi berjumpa tapi preparation is on going, even da cari location, caterer, planning and all..hope Allah will ease everything for us.



Friday, November 17, 2017

Yang kedua tahun ini

Serius-lah!! sekarang dah bulan 11 dan  dah berbulan aku tak update something dalam blog yang mereput ni. Hahaha~

Mana pergi kata-kata " Selangkah dalam kehidupan, berjuta nak diceritakan" Aigoo =P

Antara Mac- November ni ( buat rangkuman lagi😄) ada jugalah benda-benda yang boleh diperbesarkan untuk aku update dalam nota hidup aku yang dalam alam maya ni. Kot satu hari nanti abang aku offer nak tulis buku pasal hidup aku boleh la aku semak balik kat sini. BTW harini abang aku (Along) dapat tempat kedua dalam pertandingan apa entah tapi macam pasal penulisan jugak.

Seterusnya...ini rangkuman 7 bulan de'X

1) April- Pulau 1000 Masjid

  • Mendaki Gunung Rinjani kali kedua. Kali ni lebih nak memenuhi janji pada geng Kinabalu yang aku sanggup naik kedua kali kalau diorang nak pergi. Dan kali ni aku yang aturkan kebanyakan perkara walaupun kitorang dah tempah slot dengan team OHANA, tapi disebabkan berbeza pendapat maka hal sebelum dan semasa di gunung tu OHANA uruskan, hal selepas gunung aku yang settlekan. Jujurnya aku agak garang masa mengetuai kumpulan 5 orang (de'X, Sy, Frz, MJ & Fz) ni, yelah masa kat Malaysia cakap semua terpulang pada aku, dah sampai sana nak tukar-tukar pula. 
  • Trip Rinjani kali ni agak singkat jugak tapi dapat cover most of the beauty of Lombok Island, cuma air terjun Tiu Kelep je tak dapat sampai sebab cuaca tak mengizinkan. Benda yang aku tak sempat lawat masa trip Rinjani Ogos 2016 tu aku pulun bagi dapat kali ni antaranya, perusahaan menyulam dan tembikar. Masa turun dari gunung tu dapat jugak bertemu dengan adat orang lombok kahwin. Giler meriah siap ada Speaker besar masa diorang berarak...berarak tu jauh giler. Terkejut gak kitorang bila tahu fakta adat diorang daripada guide mas Hartawan.
2) August- Raya Pantai timur
  • 2015 dulu aku pernah ke Kelantan  raya ke-2 sebab kawan kelas kahwin. This time ada kenduri aqiqah kat kampung mertua sepupu Sy pulak. Memandangkan cuti umum tu panjang, aku pun melencong jap ke Pulau Perhentian untuk kali ke-3. This time aku drive lalu Gua Musang pukul 3 pagi gerak weh-buat hal betul- haha
  • Pulau Perhentian kali ni bersama family Sy. Nothing to highlight sebab aku pon dah bosan snorkeling. Hajat asal nak ke sini ajak Sy scuba diving tapi dia buat perangai- eh sakit hati la ingat balik- so next year aku akan datang balik pantai timur untuk scuba diving.
  • Raya kat Kelantan sorang-sorang sebab Sy campak aku kat hotel- buat decision sendiri based on fikiran yang bukan-bukan- So aku pun pas solat raya gerak pergi Terengganu semula panjat Bukit Kluang  pastu solat jumaat and singgah rumah kawan kelas yang kawin dulu. Tapi dia tak perasan aku datang pulak, so aku gerak balik Kota Bharu. Amik Sy pastu pergi lepak PCB makan. Lapar wehh..haha
  • BTW raya kat kelantan ni Below Expectation betul sebab khutbah(Raya kat KB & Jumaat @ Pasir Putih) dia cakap KL. Aku tak paham @ tak nampak apa yang meriahnya Hari Raya Haji kat kelantan yang selalu dicanang. Masak pun aku tengok takde la special- Pagi raya makan nasi lemak! Ini baru betul Indah Khabar Dari Rupa
  • Overall aku happy cita-cita Raya Kelantan ni 90% tercapai, drive 10jam masa balik, lalu Gua Musang, jumpa cik mek molek pagi2 bila sampai kelantan tu hilang terus penat drive 4 jam tanpa henti tu. Hahaha.
3) September- Orang baru

  • 16 September tu de'X kat Perak, Alhamdulillah tahun ni berjaya jugak naik pelamin setelah bertahun-tahun tapi sebagai pengapit je. Along kahwin dengan orang Sungai Siput, jadi ini kali pertama aku kat Sungai Siput ni. Macam biasa aku suka memerhati keliling dan dapatlah konklusi kenapa Komunis suatu masa dulu sangat kuat kat sini- tempat ni dikelilingi gunung ganang kau tahu?
  • 23 September tu majlis belah family de'X pula. Satu perkara je aku tak puas hati ngan kak ipar aku ni, apa la susah sangat nak bagitahu kitorang rombongan dia besar mana. Kitorang sediakan rumah, makanan and tempat duduk semua ikut berapa kau kata. Kata 50 orang rombongan sekali hari kejadian 20 orang je. Rumah tu da sewa sampai 3 tapi guna 1 je, nasib baik bab makan tu kitorang boleh settlekan kalau tak lagi membazir jika tempah jugak. Family de'X masa datang Perak memang la ramai dekat 60orang sebab kitorang memang rapat, dari kecik dah join rombongan kawin serata Malaysia. Pendek citer jangan la nak gah jugak, semua berbeza kot.
  • Kenduri belah de'X huru hara sikit jugak la...entah mana silapnya makanan short pula. Tapi semua tu dah dalam tangan de'X sebenarnya. Cuma, yela budaya Melayu ni orang tua-nya mana nak dengar cakap orang muda. Tapi majlis tu memang ramai sangat yang datang, mungkin sebab dalam kawasan tu ada majlis kahwin tak banyak jadinya semua boleh cover semua majlis.
  • Untuk sekian lama, pada hari itu de'X and cousins yang bertukus lumus kat dapur sepanjang majlis tu berpendapat menu kecemasan Nasi briayani + telur mata bawang tabur dengan kicap tu masa tu sangat lah sedap yang terbanding. Thanks to everybody...my brader masih hutang dengan kitorang pasal ni. Pakai baju lawa2 pastu duduk dapur.   

Bulan Mei Jun Julai tu aku tak tahu apa yang nak di-highlight-kan. Gunung ganang pun aku tak naik time tu, lebih pada makan-makan tengok wayang je rasanya. Tu yang sekarang orang ramai tegur aku ada air bag da sekarang. hahaa

Thursday, March 9, 2017

Aku dan Pengakhiran geng Xmen

Dari kecik tengok kartun Xmen bila da besar layan plak movie dia, after 17years (2000-2017) geng2 Xmen ditamatkan cerita dengan tajuk LOGAN-nama betul untuk wolverine.  Aku kata geng Xmen tu tamat sebab dalam movie tu kata masa tahun 2029 tu yang tinggal cuma diorang ber-3(Prof. X, Wolverine & Caliban)  je n yang lain dah mati, Pastu bila tiga2 mati maknanya habis lah semua geng Xmen tu. (big spoiler pada sape x tengok lagi..hehe)

Ape kaitan dengan aku kan? movie fiksyen je tu.
Aku ni jenis menyelami movie yang aku tengok, kira macam feeling la
Bila aku tengok Prof. X yang da tua tu and Wolverine jadi penjaga lantas mengimbau kenangan aku jaga arwah atok n nenek aku dulu.

So weekend tu aku pon balik kampung memandangkan kawan aku kahwin tetibe so aku tak plan ape bila balik kampung. Sebab dari kecik aku ni dah diajar bangun pagi and sarapan before 9, bila pagi tu da pkul 8 sarapan takde kat rumah aku pun pergi lah sarapan luar tempat arwah atok suka pergi.

Habis sarapan aku singgah jap kubur, ingatkan lepas 2 tahun dia pergi dan aku pun lama menjauhkan diri dari kawasan tu sebak tu akan hilang tapi rupanya tak..Walau aku tak paham tiap butir aku yang baca tapi mata tetap bergenang. Mungkin sebab kenangan mengiringi bacaan aku.

Pastu baru-baru ni ada kawan cakap dia sakit kepala, kerja hospital tapi sakit xnak jumpa doktor, pelik betul. Headache dia cakap selalu jadi tapi tak reti2 lagi untuk buat intensive check-up cari punca, main rasa2 plak bila cakap sakit kepala dia sebab kurang minum air. Yes aku bebel kat dia sebab main rasa-rasa. Mau tak nya aku pernah jaga arwah nenek aku dari atas katil sampai liang lahad, sebab orang sekeliling anggap 'tak nak makan' tu satu benda remeh temeh jadi kanser nenek aku melarat teruk, Kebetulan budak intern kat tempat aku dapat MC dari dokter sebab sakit kepala yang kerap, pastu dokter nak buat MRI on her sebab ada family history kanser otak. So itu la punca aku bebel panjang2 ngan kawan aku.

Xmen dah habis tapi spin-off dia on schedule nak tayang..Dulu manusia nak masa jadi perlahan sebab tak nak tua cepat tapi sekarang ramai nak masa cepat berlalu sebab nak tengok movie baru Marvel n DC. Marilah kita sama- sama ber-huhu

Sunday, December 4, 2016

Rangkuman 3 bulan

3 Bulan lepas post Rinjani, apa berlaku pada aku?
I'm fine thank you. =)

16 October joined half marathon (nanti nak letak gambar)
22 October went to Ledang (gambar letak nanti)

minggu-mingu seterusnya hilang ingatan sekejap.

5-7 November supposed to go to Vietnam
Yang seterusnya biarlah aku dan Dia yang tahu.

Pendekkan cerita, sejak balik dari Lombok tu hampir setiap hari minggu aku sumbat dengan aktiviti.
Masuk hutan, cari sungai, panjat bukit sana sini- semalam 3 Disember baru menikmati senja di Broga, 1st time, Minggu-minggu yang aku tak kat luar aku penuhi hak orang yang menjemput datang kenduri. Akibatnya tahap kecerdasan semakin menurun. huhu

"5-7 November supposed to go to Vietnam" - ada cerita yang ingin dicerita berkenaan 'supposed'
 Tapi nantilah ye, sebab 'feeling' tak sampai lagi. Doa-doa la kerajinan aku tu datang.. hihi

Tuesday, September 6, 2016

Rinjani si gunung berapi

Orang kata kalau nak cepat, geraklah sorang dan kalau nak jauh, gerak ramai.

Masa api mendaki kinabalu masih membara, plan nak hiking sana sini sangat panas. The hottest was a trip to Mount Rinjani. Jadi sebagai langkah inisiatif aku pun pergilah riki pakej dan perkara berkaitan untuk trip tu. Tapi bincang punya bincang akhirnya ada yang memberi alasan..bajet travel burst, gantung kasut  and tak ada masa. Lalu aku berdiam sepi hinggalah satu hari bila perbincangan nak jalan-jalan disebut kembali salah seorang ahli post gambar Mt. Rinjani dengan kapsyen " I'll going there" Taknak kalah punya pasal malam tu aku terus contact organizer trip Rinjani tanya kalau ada kosong and betul, masih ada kosong. HAHA. Pendekkan cerita rupanya ahli tadi tu bergurau je dan aku setelah beberapa ketika bersabar, satu pagi tu aku bangun dari tidur terus post kat FB " It's Time!!" dan aku betul2 pergi meninggalkan diorang.

Rinjani, satu tempat aku tak pernah impikan akan sampai.Apatah lagi tanpa kenal sesiapa even organiser tu pon last minit dia tak dapat ikut sebab ada urusan keluarga. Tapi sebelum flight berlepas aku baru tau ramai gak yang datang sorang sertai trip ni. Aku jadi famous dalam trip ni sebab malam sebelum flight baru sedar pasport dah tak valid untuk keluar negara. Jadi dengan kelam kabut dapat gak aku siapkan pasport baru sebelum tengahari. Nasib baik beli flight petang. HUHU

Untuk trip ni aku tak training sangat tapi lebih pada jaga makan je and aku lebih emosional menjelang hari untuk pergi. Siap tulis pesanan terakhir dan bagi kat kawan. Pastu 2 minggu berturut aku balik rumah family- something that not used to happened before in recent years. Belum lagi cerita pasal aku pos ayat2 sedih kat kawan yang berkaitan. HEE.

Pendek kata pasal trip kat Mount Rinjani... Ujian 7 Bukit Penyesalan tu aku lepas dengan jayanya, start perjalanan dari Sembalun pukul 9.30 dan sampai di Plawangan campsite sekitar 4.30 petang sebagai peserta ke-2 terawal. Tapi masa nak menuju puncak hati banyak sakit woii bukan sebab aku tak jadi top 10 sampai puncak tapi sebab "1 langkah maju 3 tapak mundur"  dari pkul 2 panjat, pukul 7.40 baru sampai puncak, padahal tempat tu tak jauh. Tapi masa turun heaven giler, slide and lompat-lompat macam main ski je. Masa nak turun dari Plawangan ke sembalun lagi heaven, berlari-lari je kat Bukit Penyesalan tu. kalau tolak masa rehat makan tengahari 4 jam pun cukup dah untuk sampai kat titik mula mendaki- yang ni aku orang ke-2 sampai.

Kat gunung ni aku jumpa pengalaman baru dalam hidup. Kat sini mental banyak terganggu disebabkan cuaca sejuk and tambah angin kencang yang baru masuk hari ke-3. Kalau kat Kinabalu ada selimut tebal, tidur dalam building..makan unlimited kat cafe..ada proper toilet and water heater. Here at Rinjani 360 degree completely different. Tapi nasib baik aku membesar kat kampung, lepas turun dari puncak aku ikut porter pergi ke mata air, diorang buat kerja diorang dan aku pula mandi. Lepas aku siap mandi diorang tanya aku tak sejuk ke mandi air gunung sebab diorang pon tak sanggup nak mandi. I proudly said " Saya dari kecil duduk kampung, mandi air kolah sejuk" padahal preparation aku sebelum cedokkan pertama tu lama kot. HAHA

Indonesia-Lombok, Nusa Tenggara Barat. Majoriti-nya muslim banding dengan masyarakat Bali tapi entah kenapa air alkohol cap Bintang tu semudah itu dijual hatta kedai makan tu yang menjualnya itu makcik bertudung. HMMM. Perjalanan dari Senaru ke Gili Trawangan sekembali daripada Air Terjun Tiu Kelep dan Sedang Gile aku perhatikan gerak-geri manusia. Tapi sampai sekarang aku tak puas hati ngan caj harga makanan tengahari yang aku kena bayar. Kawan aku amik lebih daripada aku kenapa harga sama macam aku? GRRR. Dari mula sampai Lombok da kena temberang, memang nasib badan la. Beli data plan salesman SIMpati kata sampai puncak ada line tapi baru sampai pos 2 line da 1 bar. Kat Gili kena lagi basikal 50ribu dia kata 60ribu kalau musim puncak, snorkeling kawan dapat 90ribu kami yang naif ni kena 100ribu. AIHH

Kat Gili ni bila jumpa orang Malaysia havoc dia lain macam terutama sekali geng makcik2 adventure tu. Masa snorkeling aku banyak lepak ngan diorang sebab stok makanan diorang sedap2. haha. Pastu jumpa si Rizman yang travel Lombok sorang2, dia punya bahagia dapat jumpa orang malaysia sampai aku rasa nak tendang dia keluar homestay kitorang sebab sembang banyak sangat-maklumlah 4 hari duk cakap english sampai terbelit lidah. Then jumpa pasangan diver dari malaysia gak. Fathia n Ain, kebetulan diorang kawan pada salah seorang group trip kitorang. Gabungan komuniti kitorang je memang cukup kecohkan jalan2 simpit kat Gili tu, yela masing2 bawak basikal bersaing-saing macam kat highway 4 lane. HAHA.

Hari last before balik Malaysia sambut merdeka, sempatlah kitorang jalan kat Mataram-tempat shopping barang outdoor. Cenderahati kat sini tak berapa menarik, kedai2 pon jual brand nama kedai, menyirap je aku masa nak cari souvenir tu but at the end kat SASAKU main outlet tu aku rembat gak baju RINJANI for me and dia...keychain untuk yang lain aku beli kat airport itu pon lepas bersoal jawab keychain tu motif apa-Rumah Adat Lombok, rumah Lumbung..baru aku beli. Kalau takde identiti memang aku takkan beli. HIHI

Nothing much I can say about Lombok trip ni..it's beautiful bukan sebab tempat tapi orang yang aku jumpa sepanjang trip ni. Tahun depan kalau geng kinabalu bersungguh nak pergi Rinjani, aku sedia untuk temankan dia macam kinabalu dulu.



Monday, July 4, 2016

Erti Raya

Raya?
Apa entah erti raya ni"
" Ada apa dengan raya?"
" Apa seronoknya raya?"
Antara persoalan dalam Iklan Raya 2016 ni

Dulu aku rasa sebab aku dah makin membesar aku takde feel raya- sebab duit raya da kurang Haha.
Sebab-sebab lain berkaitan;

  • Kemas rumah sorang-sorang (rumah kampung besar weh)
  • Mak dah tak buat kuih/biskut raya
  • Dah takut main mercun ganaz-ganaz (modified)
  • Pakcik&makcik yang duduk jauh dah pindah duduk sebelah rumah (hari-hari ter-jumpa)
  • Sepupu-sepapat dah tak tidur bersepah-sepah dalam rumah (rumah dah kat sebelah)
  • Masak gotong royong pakai kayu api dan buat ketupat dah tak buat (pakai gas je sekarang, ketupat pakcik-pakcik provide)

Aku rasa point 4&5 tu paling affect me a lot..sebab rumah terasa kosong, takda lagi meriah jerit-jerit yeay, yeay besok raya, bangun pagi beratur panjang depan bilik air dalam rumah yang satu tu je. Pastu lepas semayang kat masjid bergambar ramai2 macam la kitorang ni solat raya kat masjid biru Turki.HaHaHa.

Tapi bila aku sedar bukan itu semua yang jadikan aku seronok bila tiba hari 1 Syawal. Semuanya dah terlambat...
Terlambat untuk aku sedar yang selama ni aku masih gembira pagi 1 syawal tu sebab ada atuk&wan, Sebab ada dioranglah

  • RM10 pertama dan kedua dapat pagi tu. HeHe
  • pakcik makcik walaupun rumah kat sebelah still pagi lepas solat terus singgah rumah
  • saudara mara datang non-stop sampai raya ketiga (selalu aku jadi mangsa jaga rumah jd coffee boy atok&wan while parent and adik beradik lain pergi beraya)
So, now big house getting smaller, Walaupun lain-lain masih ada tapi mana mungkin yang pergi tu boleh berganti. Terasa sorang walaupun dalam ramai, sebak dalam ketawa, tawar dalam masin.

I wish for a savior to take me out from this empty..Gimme meaning of happiness and excitement of this festive season. 

Friday, June 3, 2016

See Ai En Ti Ea

Ada Apa Dengan Cinta
kalau yang movie tu memang tak ada apalah pada aku..teman kawan perempuan tengok movie tu tapi aku lebih fokus pada sinematografi berbanding cerita tu sendiri...else? aku suka pada bait kata para pelakon antaranya"Rangga apa kamu lakukan pada saya itu jahat"..huhu

Tapi aku ingin masih bicara tentang cinta
Cinta aku yang mungkin meluat orang dengar kerana kerap kali aku ucapkan tentangnya. Bertahun mereka berdua pergi tapi masih lagi aku merujuk sesuatu peristwa dengan mereka. Ya!! I used to say "my late grandmother/grandfather...bla bla bla" Aku dah kurang ke kubur mereka..agak lama dan minggu depan dah puasa. Bukan tak ada balik kampung dimana aku dibesarkan cuma entah, jiwa memanggil tiap kali lalu kuburan itu cuma tangan ini, kaki ini terus memilih untuk singgah.

Cinta
Memang benar ia membutakan dan melukakan. Tapi aku hidup kerana cinta, aku membesar dengan rasa cinta dan kini aku mencari cinta. Orang bisa berkata aku ada rupa, orang juga bisa berkata aku punya gaya lalu menyebabkan aku menjadi pemilih...sungguh tak benar tanggapan itu. Bukan rupa paras menjadi ukuran pertama, bukan juga agama yang aku nilaikan.. . Disaat jantung berdetak pantas kepadanya ada dua perkara yang menjadi dilema. Jika kali ini yang benar maka "maafkan cucu mu ini wan, sebab kawan yang sekarang ni bukan Melayu gak tapi most important bukan Jawa, semoga along, kaklang and 2 lagi adik jumpa jodoh yg pure Melayu as you wish for"

Friday, April 1, 2016

Journey to kinabalu finale

Sambungan dari Part 2


Malam yang sejuk tu aku terbangun, tengok henset baru pukul 8.30 pastu bukak wassap. Geng pompuan yang kat sebelah katil aku ni merintih kelaparan tapi satu member dalam whatsapp group ni tak sorang pon reply..dan bila aku selak selimut, satu hostel semua tengah tido and gelap gelita time tu dah macam midnight sunyinya.

Ingat nak makan berdua sambil tengok bintang tapi lepas je aku keluar toilet amik wuduk, satu team dah bangun untuk kemas beg, sapu minyak panas n makan padahal baru pukul 9 malam. Lepas habis semua aktiviti tu dalam pukul 2 pagi kitorang pergi kafe untuk supper.

0230a.m After supper and got some briefing about cabaran pagi ni as well as pergi toilet, masing-masing mulakan langkah ke laluan pendakian. Early 100meter masih together tapi macam biasa 2 F tu dah hilang dalam kegelapan,tapi lepas je stage pertama aku pun berpecah jalan sorang dan boleh kata sampai ke akhirnya memang aku jalan sorang sebab hari sangat gelap and tak boleh nak cam mana satu teammate tambah lagi silau lampu headlamp.

Perjalanan pagi ni mostly tangga, mula-mula jalan memang terang je jalan tu tapi lama-lama hanya ada cahaya dari lampu aku sorang je. Masa jalan tu aku jumpa sumandak yang tengah frust teamate jalan laju + headlamp dia bateri dah nak out, so aku temankan dia sampai dia jumpa teammate dia balik.


Sampai checkpoint sayat-sayat pukul 0350a.m Checkpoint ni kalau tak sampai sebelum masa ditetapkan memang akan kecewa sebab yang tiba selepas jam 0500 a.m akan dihalang naik ke puncak. Kat sini jumpa double F tengah berehat. Lepas 5 minit kitorang teruskan perjalanan tapi lepas tu diorang hilang lagi..huhu

Jalan lepas tu pendakian yang tak curam sangat tapi berat je rasa badan ni nak berjalan kedepan, angin atas ni memang sejut pastu kuat sampaikan last2 minit tu aku terpaksa berlindung kat batu besar. Baju yang aku pakai tu memang da panas sampai berpeluh tapi kepala aku ni tak cukup cover..sejuk weh telinga, patut beli snowcap yang cover sampai telinga.

Atas ni dalm gelap -macam ragam boleh nampak, ada yang terhuyang hayang macam zombie ada yang jalan sikit pastu berhenti (macam aku hehe), and ada yang gagah perkasa jalan tanpa henti tapi slow je.

But at the end, less than 100 meter to the top aku stop untuk cari tempat solat,lepas usha 2-3 tempat aku dah nak start niat qada je pasal jalur merah kat ufuk dah kelihatan tapi tiba-tiba tempat aku rehat tu aku nampak macam debu, tak banyak tapi ada.So aku pun bertayamum basic pastu solat sambil peluk batu kat area tu sebab badan menggelongsor ke bawah masa sujud.huhu

Then aku tunggu sunrise and kawan-kawan yang aku tinggalkan sepanjang perjalanan tadi. Bila semua dah berjumpa sesi bergambar pun start dari saat tu...sampai la perjalanan turun ke laban rata. Non stop!



Pukul 10 kitorang sampai laban rata, lunch kat kafe,checkout bilik pastu sambung sesi gambar...pukul 11gerak turun ke timpohan gate. This time I'm the king sebab amik masa 2jam setengah je untuk sampai ke pintu timpohan.. Ini semua hasil bantuan extra legs a.k.a hiking stick yang sampai 2 tu selain teori lipat jari kaki ke dalam untuk elak sakit kuku..

1320p.m aku dah kat bawah,tunggu yang lain sampai aku tertidur kat bangku. Lama lepastu guider kejutkan aku sebab nak pinjam hiking stick, katanya dia turun ni pin sebab bawa orang sakit, hiking stick pulak untuk teammate aku yang injured.

20minit aku fikir..aku decide untuk naik balik cari kawan2 aku..hampir 2km baru aku jumpa diorang tengah berehat kat pondok bersama guider. Last 0.5km tu bukan sikit weh...kena mendaki bagai. Even just before pintu gate taman tu tangga dia mampu membunuh baki semangat yang ada. Nasib baik ada aku disisi cik adik ni, nak angkat orangnya memang tak lah kan..tapi beg pon jadilah.haha. kebetulan atas pintu gate tu ada besday party, bila nampak je geng pendaki yang penat tengah berusaha panjat tangga diorang bagi kata2 semangat and bersorak bila sampai last anak tangga..nampak la muka hepi kawan2 aku bila diorang disorak macam baru lepas score goal..huhu.

Habis pendakian...pergi ke pejabat pengurusan untuk ambil sijil tanda berjaya sampai puncak. Kalau tak sampai tak ada sijil tau.

Lepas tu kitorang terus ke pekan kundasang cari hotel yang tak ada tangga untuk didaki sebab semua dah fobia..haha

Tamat sudah cerita perjalanan ke kinabalu ni..dan bermula la kerinduan ini


Sebelum balik ke semenanjung sempat gak kitorang jalan2 area ranau, kundasang,terampuli, and pulau2 KK...ye la bila lagi nak datang kn? Cik adik tu ajak pergi sandakan pulak lepas ni sebab haritu tak puas makan seafood.. Huhu

Journey to kinabalu pt 2

Sambungan dari Part 1 haritu,ni kisah hari kejadian pulak.
Kitorang sampai kat pejabat taman kinabalu dalam pukul 8 sebab datang awal so dapat la parking dalam kawasan taman yang kena bayar perhead tu, kalau lambat sikit tadi memang kena parking kat luar la jawabnya pastu kena hike untuk daftar at pejabat tu..huhu

Pakej kitorang ambil tu tak termasuk lunch hari mendaki ni so guider suruh kitorang tapau makanan dr restoran seberang jalan..tapi time tu sakit kaki aku datang makanya aku jaga beg, geng lain pergi beli lunch.

Selesai urusan permit,pendaftaran n sewa hiking stick. Kitorang dibawa ke pintu taman kinabalu yang jauhnya 1km lebih dari ofis tadi..nasib baik transport tu da include. Kalau tak belum apa-apa nyawa dah separuh hilang. Huhu

Lepas tandatangan kat pintu maduk and dengar briefing guider pasal laluan, dalam pukul 10 kami bergerak menuju laban rata yang terletak di K.M 6 - 6.5

Ingatkan semudah 'alah bisa tegal biasa' tapi belum K.M1 dah ada yang psycho melihat tangga yang straight up... Aku still in cool siap boleh lepak borak dengan guiders lagi langsung tak jaga pernafasan and rentak jantung meanwhile sahabat yang aku follow rapat dekat2 tadi aku biarkan naik tangga tu sendirian

K.M 2, kawan tu dah macam makin terseksa mendaki and sekejap-sekejap dia berhenti. At this point, only aku dan dia je yang ada sebab yang lain dah jauh kedepan terutama 2 hero double 'F'- fariz/faidhi, not the other F word okay 😀. Tapi tak lama dari tu,berjaya juga nampak bayang 2 lagi teamate kat depan tengah menyedut nafas sebelum diorang hilang lagi.

K.M 3, dekat signboard tu kami berlima berkumpul and refill energy. Time ni lah keluar extra joss, power bar, 100+ dan lain2 energy drinks. After 5 minutes perjalanan diteruskan ke Layang-layang Hut.

2702m, Layang-layang Hut. Kebanyakan hikers yang selisih kat tengah jalan tadi semua take break kat sini and kebetulan dah tengahari. It's lunch time! Hut ni dengan laluan mersilau dah tak jauh boleh kata ni meeting point for both trail jugak la. Lepak 20minit, kitorang pun gerak naik and most hikers start pakai sweater/ glove before continue their hiking. Mungkin angin sejuk da terasa kot.

Another K.M are same as before the 'double F' menghilangkan diri dan hanya dijumpai kat tempat tertentu sedang berehat. Dan aku masih setia mendampingi cik adik ni dari belakang...bukan ape,risau kot kalau pitam ke ape sebab guider masa aku borak dengan diorang,memang diorang akan stay jauh dari hikers sebab taknak ada yang pressure bila nampak guider ni dekattt je. Lagipon hiking pole dia aku pegangkan, fon pon sama -senang nak ambil gamba kata dia 😅 and paling penting happiness is hiking with friend 😀

K.M terakhir kitorang dah relax2 berhenti ambil gambar + makan strawberry hutan guidert pon dah jalan dekat2..kat sinilah kekecewaan muncul bila guider bagitahu bunga reflessia tu bukan kat gunung kinabalu, sedangkan masa aku sekolah dulu buku bagitahu bunga tu kat sini...hmm tipah tertipu!

Cukup 7jam pendakian sampailah kami di laban rata..dekat situ dengan macho-nya aku minta beg cik adik tu untuk aku angkat- tambah 7kg lagi kot- sebab nampak sangat kalau dibiarkan dia takkan bangun dan sambung perjalan ke hostel penginapan yang dah tak jauh tapi still kena mendaki..huhu

Lepas letak beg kat katil terus je ke kafe untuk dinner, wehh panas giler matahari petang yang menyuluh masuk ke ruang makan tu, so kitorang tak lepak lama habiskan makan and balik bilik untuk kendiri.

Lepas mandi + solat + bergambar kat helipad a.k.a kawasan bersukan..aku tarik selimut dan terus tido..masa tu baru pukul 6 macam tapi sejuk kat luar punya pasal + waterheater tak well function..tanpa rasa bersalah aku ucap goodnight pada hikers lain dalam bilik tu

Next post will be about journey to the peak and way down😊. Thanks for reading this post.

Friday, March 25, 2016

Journey to Kinabalu pt1

Lama diam bukan bermakna dah mati.. Bizi lebih je sebab nak sediakan bahan mesyuarat orang besar..huhu

2 minggu berlalu tapi ramai lagi masih rindu pada kinabalu-gunung kinabalu. Grup whatsapp masih tak bubar siap plan naik gunung Fuji lagi..besar betul cita2 mereka..haha.

Sabah ni aku adalah kenalan masa zaman belajar dulu,merata gak la macam tawau, ranau, beufort, KK tapi sebab lama tak jumpa jadi segan plak nak contact diorang..so masa kat sabah tu diam2 je datang tapi lepas diorang jumpa gamba aku kat fb habis kena bash kat whatsapp. -_-"

Okay. Cerita kt Sabah.

Sampai airport KKIA malam 8/3/16 haritu terus masuk avanza yang dah dibooking siap2 and sebab aku dah survey jalan guna google street view so sebelum gerak ke kundasang aku bawak semua minum kopi dekat Cybercity. Tapi malang sungguh bila yang minum kopi pon boleh bantai tido.

Jalan KK-kundasang ni ramai cakap dengan aku jangan drive malam dan bahaya tapi keras hati punya pasal aku redah jugak. Lagipun aku dah janji dengan kawan2 sepanjang kitorang kat kundasang, aku akan jadi driver-nya. Tapi harus aku akui jalan tu bila malam sangat tricky dengan lori arah bertentangan bila amik selekoh makan line kita + laju giler macam boleh drift. Pastu kabus tebal giler, selekoh tak nampak+turun naik bukit...pastu gaung kat tepi..haks ^_^ eh pendek cerita memang gila lah jalan tu.

Sampai kundasang dalam pukul 2 pagi lebih kurang, tempat tido kat d'villa Rina Ria Lodge tu pon kitorang dah book siap2 dekat je dengan kinabalu park dalam 5minit naik kereta.

Biliknya hostel rm30 semalam sekali breakfast campur laki-pompuan. At time kitorang masuk tu dah ada 3 laki tidur dalam tu  so, port2 tersorok untuk 2 pompuan team ni memang dah tak ada lah. Diorang pilih katil depan pintu sementara aku plak katil sebelah diorang jadi jaga..selang setengah jam mesti aku terjaga sebab geng 3 orang laki sebelum kitorang tu ada pasang gadjet ape entah..every 30minutes je akan menjerit 1saat, mau aku yang sesitip ni tak terkejut?

Sebelum tidur aku solat jamak maghrib isyak..cabarannya,dalam bilik tak ada ruang nak solat, luar sejuk siyott-pkul 2 lebih, pastu anjing banyak tapi aku redha solat pakai jaket berlapik baju t-shirt kat depan pintu hotel sape entah..hehe. Kiblat? Aku pakai google maps je cari arah utara pastu bajet2 arah barat pkul 10-11. Yang aku ingat masa dalam pasukan uniform dulu kiblat kat Malaysia sudut dia dalam 440°. Dan paling penting keyakinan, lagipun facing kiblat bukan rukun solat.

Pagi pukul 5.30 kitorang dah bangun and siap2 mandi,kemas beg semua. Excited nak hiking katanya sampaikan owner tempat tu tegur pagi ni mau pergi mana sebab breakfast pon dia belum sediakan lagi... Masa tu baru pukul 6.30. Haha. Lepas siap breakfast ala English tu-takde la english sangat pada aku (roti,sosej,kacang,telur,spread, coffee) mungkin sebab kat KL dah macam masakan aku tiap malam masa berjimat nak datang sini..haha

Next post baru cerita menuju puncak cinta kinabalu ni..huhu

Tuesday, March 8, 2016

Hiking, my life for now.

Balik dari travel utara tahun lepas, sakit belakang datang sampai tak boleh nak bengkokkan badan, bila jumpa doktor, dia bagi injection je hilang terus sakit tu. Tapi tak lama pastu rasa macm kaki kiri ni macam something not right-jumpa doktor lagi. This time after x-ray "You slipped disc ni, cer tengok L5-S1 awak"

She jumped into conclusion sku slip disc sebab terlalu active secara tiba-tiba (sebab aku cerita, sejak dari thailand sampai la hari aku jumpa dia sebab sakit kaki, aku non stop outdoor activities-even petang aku jumpa doktor tu pon aku baru balik futsal, haha)

She ask me to stop for my benefit, but I resist, as I refuse to giving up on something that make me feel alive, weekend to aku hike Bukit Kutu, next weekend berlari keliling tasik Putrajaya, pastu Gunung Datuk pulak, minggu pastu repeat Gunung Datuk lagi.

3 Bulan pertama Tahun 2016, 4 gunung dah aku panjat, bukit-bukit tolak tepi. haha

Tapi aku bear in mind kerisauan doktor tu, so aku pergi KPJ buat x-ray dan MRI pastu jumpa specialist tulang and specialist saraf untuk kepastian aku okay..doktor tulang clueless apa sakit aku, doktor saraf kata ini muscle strain-this one aku tak percaya.

Apa sebab aku buat sepanjang tahun ni cuma satu, sebab aku nak naik Gunung Kinabalu esok. I told a friend, after Kinabalu I'll retire and only back for something unsual macam hiking Rinjani ke, Merapi ke..haha. 

Tapi tu-lah, sekarang ni gempa bumi pula kat sabah tu. Bertabah je la sebab preparation semua da buat.rugi beribu kot kalau cancel.

Cuma satu je aku risau malam nanti-drive dari KK ke kundasang. Cousin aku kat sabah cakap, jalan okay cuma kabus tu je la bahaya. Even kawan sekerja pun serba-salah nak respon bila aku cakap aku gerak ke kundasang malam tu jugak, mau tak nye kalau da habis isteri and makbapak mentua dia meninggal eksiden kat jalan shorcut kundasang tu tahun lepas,

By the way..aku harap ini bukan post yang terakhir sebab aku nak update blog dengan gambar aku menuju ke puncak kinabalu next week ^_^

Wednesday, December 30, 2015

me to the North boarder






I'm back!!
back  from travelling the north.

Apa yang aku bawak balik?
Coklat untuk makan sendiri+ keychain yg tak decide nak bagi siapa+ exprience travel solo

Masa kecik2 dulu aku pernah naik train pergi Johor and balik KL, yang baru ni aku tarvel ke utara pulak. Excited jugak la tunggu midnight train tengah malam buta  sambil dikelilingi makcik2 yang nak pergi shopping kat padang besaq (aku curi dengar perbualan diorang), actually aku memang dah kat situ dari awal just geng makcik tu yang pikir aku akan blah bila diorang ramai2 keliling aku.

Ok, lupakan kisah makcik tu sebab tak ada ape pon berlaku. haha

You know KTM? tak tahu la orang lain tapi mostly orang kat kalng valley ni gelar KTM ni as Keretapi Terlambat Malaysia (Malaysia Slowest Train). Perjalanan tu jauh that's no problem memang dah aware tapi atas tiket tulis boarding 12.15, dekat pintu masuk tunjuk 12.30 at the end bukak pintu 12.45. Dey itu tengahmalam okay bukan tengahsiang..ngantuk weh.

Pagi, train tu berhenti kat penang aku pon nak solat subuh, tanya staf ktm dia habaq mai dalam train tu tak ada tempat khusus untuk solat, dengan segala ilmu yg aku cari sebelum travel ni maka aku pon solat la dalam train..tapi malu2 sikit masa nak angkat takbir tu even ramai lagi yang masih pejamkan mata. Nak solat kena cari arah kiblat, aku bawak fon yang ada function kompas tapi basic kompas kan "jauhkan dari alatan elektronik dan besi" and keretapi tu totally made from besi, bergerak pakai elektrik..kompas aku menggila tunjuk arah. Tapi at the end aku meyakini arah yang kompas tu tunjukkan. aku takbir berdiri hadap kiblat yang aku yakin pastu aku sambung dengan duduk.

Around 7.30am train stop lagi aku follow orang ramai yang berjalan2 dalam train dan terjumpa coach cafe..sekali imbas everything look normal ada waitress kat kaunter jual makanan and orang beratur tapi bila nak cross counter tu terdengar suara garau tanya orang " nak beli ape" bila aku toleh..Lelaki rambut panjang rebounding and blonde + mekap..pakai skirt tu aku tak ingat plak. Aku dalam hati "Belum sampai Thailand da jumpa benda2 camni"

Magicnya KTM ni walau gerak tengahmalam tadi lambat tapi sampai stesen Arau tu on time. dengan kos RM26 aku naik teksi pergi jeti tapi bukan jeti kuala perlis, ini jeti nelayan nak pergi Thailand. Kat jeti tu ada sorang makcik ngan anaknya. Diorang la yang banyak bantu aku masuk thailand ni daripada tunjukkan pejabat imegresen yang sekali pandang tak nampak tu, sampai la tukar cara masuk daripada naik bot nelayan kepada teksi ke sepadan Wang Kelian..area kubur besar Rohingnya dijumpai tu. Lepas urusan imigresen makcik tu call adik dia amik kitorang and mintak hantarkan aku ke tempat tunggu teksi kat pekan Chalung negeri Satun. Dari situ aku bayar van perlancongan THB200 untuk sampai ke Jeti Kuala Bara (Pak Bara Pier)- makcik tu translatekan untuk aku-

Based on survey..tiket transport kat langkawi pergi balik dalam RM250 tapi kat Pak Bara ni THB650 sehala + THB20 untuk bayaran masuk jeti- masa aku pergi rate THB100=MYR12 kira murah giler la sebab baru 100++ kalau 2ways. Kat jeti ni ade orang suka amik gamba dalam hati da terdetik "ini mesti nak mintak duit" maka aku tak layan dan terus naik bot. hampir 2jam perjalanan aku sampai kat Pulau Lipe (Koh Lipe) tapi tak pijak tanah lagi sbb bot stop kat tengah laut bot transit kena bayar THB50 + THB200 yuran masuk Koh Lipe.

So da sampai pulau agenda aku pon bermula




diving- discover scuba THB2800. Kitorang terjun bertiga 1 amik gamba 1 jaga belakang 1 lagi tu aku  ^__^
diorang ni orang Spain datang lepak2 sambil buat tour diving. Dari hari pertama sampai nak balik tu aku lepak dengan diorang je sebab orang malaysia taknak tegur aku even aku senyum kat diorang..ker sebab aku yg takde rupa orang malaysia time tu? haha





hari kedua baru ada feeling mandi laut tu pon bila dah petang sebab tengahari panas dan aku ni bukannya cam orang eropah kulit tahan panas.haha. Dapat lah gak melayan sunset and tengok ragam2 orang kat tepi pantai tu
dah puas main pantai aku melarikan diri ke langkawi mencari air yang sejuk. Tiket aku terbayar THB1000 pada agensi Budhaya masa kat Koh Lipe tapi bila pikir2 still cut cost sebb feri tu turunkan aku kat jeti kuah. kalau ikutkan telaga harbour tu tempat orang dari thailand selalu turun sebab lebih dekat ngan thailand 
hari last percutian sebelum terbang kelangit tengahmalam tu, lepas turun dari gunung Mat Chincang and Telaga Tujuh..dataran lang tempat aku singgah lunch..cliche sgt kalau bergambar depan helang tu, so aku dipantai inilah aku berposing.


muka masa pergi

muka masa balik
my journey tak habis lagi la sebab sampai je Selangor, terus drive cari tempat tidur sekitar Bukit Broga sebab nak tengok sunrise pagi tu and itulah hasilnya..sunrise dari belah timur (sebab haritu hari jumaat-kalau belah barat itu semua dah terlambat.huhu)

Singapore? tak jadi lah nak pergi celebrate new year kat sana sbb family aku buat spoil bawak left wing aku masuk Singapore sabtu aku balik dari travel. Supposely this weekend tapi  aku pon da decide nak BBQ kat pantai PortDickson je sepanjang hari. Just me+ bakar2+ nature..(oyea!! nak beli hammock)

Lagipon hajat semua dah tercapai..Singapore da sampai, Thailand dah sampai, Indonesia (Batam) pon sampai dah. Tak banyak aku belajar dari travel ni tapi cukup lah lepas untuk communicate dengan orang tempatan.

Daripada grup ber-4 ke Perhentian jadi Ber-3 ke Batam, pastu ber-2 ke Singapura seterusnya ber-1 ke Koh Lipe.............hidup, begitulah hakikatnya.

Sunday, November 29, 2015

Rancangan ini adalah perjalananku

Sebulan sebelum penghujung, selain dari rupa yang serabai tapi bukan terabai boleh dikatakan bulan ni bulan aku berehat, lepak tengok wayang and jalan2 shopping mall pergi kenduri.

Rasanya bulan ni aku baru sekali je hiking itu pon kat Cape Rachardo and  kebetulan hotel yang family aku sewa tu satu lorong nak ke Bukit Batu Putih tu. Pasal hiking  tu for me it was a new experienced hiking tepi laut and tanpa tali aku peluk dinding batu tu andaikata jatuh....batu tajam and laut lah tilamnya. Other than that...aku terdampar di Shah Alam meratapi nasib masih berseorangan pabila melihat FB and Insta kawan2 penuh gamba percutian... My angel pergi England n France seminggu lebih duk main salji  meanwhile my crush plak pergi Lombok, Bali n Surabaya 2minggu lebih........................Waddaaa...hmm diorangdapat VSS ke ape cuti lama2 ni?

Looking on their trip........so then I was inspired to do something like what they did. Ini bukan perlumbaan mencari siapa lebih AWESOME- the one yg pergi Europe visited tempat2 yang popular dan bersalji tu atau the one yang bermain dengan nature di Kepulauan Indonesia- tapi ini lebih kepada perjalanan mencari kepuasan hati mencapai impian.

Impian aku tahun ni and sebelum tahun ni pergi hanyalah nak travel ke utara, selatan, timur menggunakan jalan darat udara air kemudian dengan flight, ferry/boat, bus, train.

So this is the last one, ke utara by midnight train. Nothing more I can expect from this plan other than be safe at people place..owh, I wanna go to Thailand, that's my north and I wanna dive somewhere in Thailand  cuz I'm done snorkeling.

So, this upcoming December...KL-Arau-Pak Bara Pier/Telaga Harbour-Koh Lipe-Langkawi-PortDickson/Malacca and I will close the year with Jumaat prayer at Singapore... 10 days, I hope my savings can support me well..haha

I pray to Allah the Almighty to keep me safe in my journey to sending my regret to everything happened this year away and to find the good in this life along the way

Thursday, September 17, 2015

Hobi baru

Sejak 2 menjak ni asal cuti je panjat bukit asal cuti je panjat gunung, tapi itu kalau aku sihat la..time sakit belakang atau kaki aku duk diam je la kat rumah cuci baju longgok seminggu. hahaha

Dulu nak hiking ni takut2, kena tunggu ada kawan/peneman barulah pergi. But at the end after duduk sebatang kara kat Shah Alam ni as time and season change. Aku pun berubah sama..bak orang putih kata, EVOLUTION. haha-ini poyo!

3 Bukit pertama adalah Bukit Broga..Broga..dan Broga. Bukit sama tapi masa berbeza. So bila ada orang tu ajak panjat broga aku rasa "Ek elehh...tak mencabar langsung..." haha-Berlagak giler!

Mungkin hati ni melonjak2 geram bila tengok crush tu asyik post gambar outdoor dia terutama sekali hiking. So one day lepas aku tau dia nak hike Bukit Tabur, aku decided apa nak jadi..jadilah, esok aku akan naik walaupon sorang and I did it...literally I'm alone from start to finish. Later I've been told Bukit tabur yang aku naik adalah WEST, dan banyak yang mati tu kat belah WEST. Okay...aku masih hidup tanpa sebarang kecederaan. Kira memang berbakat atau lucky?

The following week aku decided lagi.. I don't care even  I'm alone but I will make fren once there. This time Gunung Datuk at Negeri 9. Kali ni saat akhir officemate joined sekali. Dan bila kitorang sampai puncak geng dia masa daki Gunung Irau dah tunggu kitorang dengan alasan diorang dari Gunung Angsi tersesat Sampai Datuk. Padahal malam tu kata tak jadi join kitorang.

Hari berganti tapi hati ni tetap tak puas hati sebab dapat tahu Tabur tu ade EAST..on hari Malaysia aku pon buat hal lagi, pergi sorang2 walaupun tak tahu. Sampai satu kawasan aku mengendap orang yang lalu lalang sebab nak tahu mana jalan masuk bukit ni. At first aku tailed satu group macam budak U but later on lepas aku tengok satu brader ni cam power je aku pon follow dia, kebetulan lak sis yang datang ngan brader tu friendly maka melekatlah aku dengan diorang sampai ke puncak. 

Sampai puncak, Brader tu rupanya salah sorang admin grup hiking and on that day diorang panjat ni sebab nak celebrate besday member diorang-seorang makcik called 'mama'.  Dalam grup tu terjumpa brader yang organize paraglide kat kuala kubu., aku dah nampak lepas ni kemana arah tuju aku...ye..... PARAGLIDING at KKB

My plan...alang-alang dah sampai Kuala Kubu Bharu tu, macam nak naik Gunung Kutu ngan Water Rafting je. hehe

Wednesday, September 9, 2015

Yang ke Empat

Mimpi datang lagi
Time setting masa dihujung usia seorang tua, ramai saudara berkumpul lepas diminta.

Really hard to remember everything in detail. Tapi few things yg diingat;
-Semua berkumpul sebelum masa itu datang. Beberapa orang yang aku ingat ada tu.. sepupu lelaki, abang aku, my father and an uncle.
-everbody look sad and we talked to each other.
-then something happened but i cant remember what it is (macam time ni aku tiba-tiba terjaga dari tidur tapi lepas tu aku sambung tidur)
- the dream was continued, I woke up from my sleep then go and check the old man who is laying on something like a comforter while everybody read/recite something besides him.
-the old man and me. I dont remember how the position, but I'm so near to his upper body and  he said something to me like "sayangkan abah kau lebih lagi" before he take his last breath. And he pass away.
- me on his side sobbing , my breath become faster as well as my heart beat...and

I woke up in this real world..found my breath and heartbeat just like me in the dream.

Later I check entry aku sebelum ni...dan ini macam the last chapter after 3 times i had this kind of dream. But this time it has a message.

Monday, August 31, 2015

Cuti-cuti merdeka

Selamat hari merdeka ke 58 Malaysia!

Nothing to say about the independent day though in reality few things happened.

Cuti merdeka kali ni berlainan sikit dengan tahun sebelumnya. Kalau sebelum2 ni ada kat sekitar selangor je tahun terkeluar jauh sikit. Masih segar dalam ingatan tahun 2013 haritu, cuti merdeka aku,syud and fiza berjogging kat kat tasik putrajaya dari jambatan wawasan ke jambatan gemilang yg niat asalnya nak join maraton tapi tak sangka janji melayu haritu betul2 pukul 6 start.haha. tge next day kitorang panjat plak bukit broga kat semenyih amik gamba sweet2 gitu. 2014 plak lepas wan meninggal hampir semua anak cucu and menantu atok berkumpul kat pantai morib sambil berbeku (bbq) and kitorang yang bawah 30tahun ni pergi ke tengah laut yang da surut air tu main game kitorang masa kecik dulu which are baling selipar and galah panjang. What a precocious memory back then.

2015. I did journey to the south, attending my ex-housemate wedding. Along the way which I'm travelled alone its happened many time my memory flashed my moment with atok... Our last jouney to the south after wan passed away. Before i realized only penang kedah kelantan and perlis I can go without remember anything about my life with atok.

The next day, I've had climbed my first mountain named Gunung Datuk at Negri Sembilan. Even though it has 'datuk' in its name but it not even bother me since I was excited as well as 'mental' climbed it. Well I can write this entry as soon as today meaning that I'm stil alive..haha

And also today, woke up in the morning i just put everything in my bag and drove to breakfast stall which me and atok used to go before and  I had pay my grandparent's grave a visit after month not doing that.

Later as tears in my eyes while read tahlil, it was a justification that I'm  not yet accept this fate..even though I want to.

Monday, August 17, 2015

Sekelip mata..dan hilang!

Haritu, 12 Ogos.
satu whatsapp dari kawan, informed other group member yang satu kenalan masa buat diploma dulu telah 'pergi'. Aku rasa tak percaya walau dia bagi sanad yang boleh dipercayai.. lalu aku pon mengali online phonebook aku (google account) nama2 kenalan lama yang bertahun tak bersapa..some of record dah tak active- nama je ada, no dah takde. so aku gamble call mana yang ade. Pastu teringat ada satu kawan masa kat degree dulu berkawan dengan kawan kat diploma..so aku pon mintak no kawan tu kat kawan degree ni.

After hours mencari kebenaran (facebook opis block, phone tak canggih waktu ni) akhirnya berita yang awal tu disahkan benar, cuma tak tahu cerita je. Days later berpunca dari chat kat group whatsapp,  aku jadi stalker FB myfren jap sebab nk cari FB seseorang...  dan akhirnya aku jumpa...FB tunang arwah. Tunang dia ni pon kawan aku gak masa diploma dulu. Bila semua ni berlaku terlintas difikiran kisah romeo & juliet..yg mana cinta itu berakhir dengan airmata kesedihan.

Jauh disudut hati, aku seakan memahami isi hati tunang arwah ni..mungkin orang yang kami sayang itu berlainan tapi bila mengenangkan bulan 10 ni diorang rancang menikah, maka situasinya ibarat sebuah harapan yang menggunung tinggi hancur berkecai sekelip mata. Aisyah kehilangan tunangnya yang dia kenal dari zaman tadika-sekolah-IPT. Dan aku pula kehilangan orang yang membesarkan aku selama 21tahun lebih..

Sekelip mata! Disaat kita mengharap esok masih ada..harini mereka meninggalkan kita selamanya. Aku faham perasaan itu..setiap malam yang sepi bayangan rindu pasti lalu menyingkap memori. 

dear Shahrafik, my ex-classmate& ex-roomate masa diploma dulu..semoga Allah merahmati kamu.